Hazard: “Saya Berani ‘Claim’ Saya Berhak Menang Bola Emas Piala Dunia”

Eden Hazard menyatakan yang beliau berani ‘claim’ dirinya sebagai orang paling layak memenangi Anugerah Bola Emas Piala Dunia 2018.

Hazard membantu Belgium menamatkan kedudukan ke-3 dengan menewaskan England. Ianya pencapaian terbaik dalam sejarah negara itu di Piala Dunia.

Walaupun ada ramai pemain lain lagi bermain di perlawanan akhir, bagi Hazard secara individu dia adalah pemain terbaik di antara semua.

“Saya rasa ia satu kenyataan yang agak berani menyatakan diri saya berhak mendapat Anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia 2018.”

“Namun aksi saya sepanjang kejohanan ini memberikan sokongan kepada kenyataan ini.”

England’s defender Phil Jones (L) vies with Belgium’s forward Eden Hazard during their Russia 2018 World Cup play-off for third place football match between Belgium and England at the Saint Petersburg Stadium in Saint Petersburg on July 14, 2018. (Photo by Giuseppe CACACE / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS (Photo credit should read GIUSEPPE CACACE/AFP/Getty Images)

“Pemain lain pastinya mahu beraksi terbaik di final dan memenangi trofi. Namun begitu, secara peribadi anugerah itu tidaklah terlalu penting untuk saya.”

“Saya bermain baik pun sebab bantuan daripada ahli pasukan yang lain. Bola sepak adalah permainan berpasukan.”

Belgium kini mensasarkan untuk menjulang trofi Euro 2020. Pengurus mereka Roberto Martinez berpuas hati dengan pencapaian Belgium pada kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN