David Alaba: “Pengaruh Pep Guardiola Mengubah Gaya Permainan Bola Sepak Dunia”

Pertahanan Bayern Munich, David Alaba berpendapat bahawa pengaruh dari Pep Guardiola telah berjaya mengubah hampir keseluruhan corak permainan dalam dunia bola sepak pada masa kini.

Beliau turut berkata, cara pengendali berusia 47 tahun itu memperkenalkan gaya permainan baru dalam bola sepak harus diberi pujian oleh semua pihak.

“Dia (Guardiola) membawa gaya permainan baru dalam dunia bola sepak.”

“Bukan hanya kepada pasukan kami (Bayern Munich), tetapi untuk seluruh dunia.”

“Kita semua harus berterima kasih kepadanya.” ujar Alaba.


Alaba pernah bekerjasama dengan Guardiola semasa di Munich. Sebelum pengendali kelahiran Sepanyol itu berhijrah ke England menyertai Manchester City.

“Guardiola amat bermakna bagi saya. Saya dapat belajar banyak perkara semasa bersamanya.”

“Saya tahu bagaimana untuk membuat keputusan (di padang) dan saya percaya dia adalah salah seorang jurulatih terbaik di dunia.”

“Apabila kami memenangi sesuatu kejuaraan, gaya permainan bola sepak dipamerkan kami amat hebat.” kata Alaba kepada Goal.

Bekas pemain Manchester United, Paul Scholes turut menyuarakan pandangan yang sama.

Scholes mendakwa kebangkitan pasukan England di pentas antarabangsa berkait rapat dengan pengaruh yang dibawa Pep ke Premier League.

Sentuhan dari Guardiola bersama Manchester City berjaya memberi impak besar dalam corak permainan pasukan England.


“Guardiola sememangnya memberi pengaruh kepada skuad kebangsaan. Anda boleh lihat bagaimana cara tiga pemain pertahanan tengah dan penjaga gol kita (England) bermain.”

Guardiola mempunyai rekod terbaik sebagai pengurus apabila berjaya memenangi Liga Juara-juara Eropah pada 2009 dan 2011, selain memenangi kejuaraan liga tempatan di Sepanyol dan Jerman.

Selepas membuat keputusan untuk menyertai Manchester City, Guardiola tidak perlu menunggu lama untuk mencetuskan kejayaan di Premier League apabila berjaya membantu skuad The Citizens merangkul gelaran Premier League dan Piala Liga pada musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN