Adakah Hazard Gambarkan Beliau Sudah Pilih Real Madrid?

Eden Hazard menjadi pemain penting dalam kemenangan Belgium ke atas England untuk tempat ke-3 Piala Dunia 2018.

Selepas tamat perlawanan, beliau ditanya tentang masa depan beliau di Chelsea.

Hazard seakan-akan sudah memberitahu yang beliau sudah mahu ke ke kelab lain dan ramai menjangkakan ia adalah Real Madrid. Beliau berkata:

“Selepas enam tahun yang indah di Chelsea, mungkin sudah tiba masanya untuk merasai sesuatu yang berbeza.”

“Sudah pasti selepas Piala Dunia ini saya akan membuat keputusan sama ada saya ingin kekal atau pergi.”

“Namun begitu, Chelsea tetap akan menjadi pihak yang akan membuat keputusan muktamad. Jika mereka mahu membiarkan saya pergi. Saya akan pergi.”

Ditanya di mana destinasi beliau seterusnya. Hazard dengan sinis berkata:

“Anda tahu destinasi pilihan saya.”

Real Madrid kini mencari pengganti untuk Cristiano Ronaldo yang menyertai Juventus. Real Madrid menafikan berita yang mereka mahu mendapatkan Neymar dan sebelum ini Mbappe.

Real dilaporkan menyediakan £150 juta untuk Hazard yang masih ada baki kontrak hanya 2 tahun. Hazard masih belum memberikan komitmen kepada kontrak lanjutan.

England’s defender Phil Jones (L) vies with Belgium’s forward Eden Hazard during their Russia 2018 World Cup play-off for third place football match between Belgium and England at the Saint Petersburg Stadium in Saint Petersburg on July 14, 2018. (Photo by Giuseppe CACACE / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS (Photo credit should read GIUSEPPE CACACE/AFP/Getty Images)

Selain daripada Real Madrid, pasukan Manchester City dan Barcelona dikaitkan dengan Hazard. Laporan di Sepanyol menyatakan yang Barca akan menarik diri daripada persaingan yang dilaporkan diminta membayar £176 juta atau €200 juta untuk Hazard.

Chelsea baru melantik Maurizio Sarri sebagai pengurus baru. Kita pasti menunggu Sarri membuat kenyataan ke atas Hazard sama ada mahukan pemain itu di dalam pasukan beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN