Generasi Emas Belgium Akhiri Piala Dunia Di Tempat Ke-3, England Pulang Hampa

Ia adalah permulaan yang sempurna buat Belgium dalam perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 Piala Dunia 2018.

Perlawanan bermula agak perlahan buat kedua-dua pasukan pada mulanya.

Namun skuad kendalian Roberto Martinez enggan menunggu lama untuk menghadirkan impak dalam perlawanan ini.

Bermula dari Romelu Lukaku yang berjaya mencari Eden Hazard. Hantaran pemain tengah Chelsea ke arah far post England kemudiannya berjaya disempurnakan oleh Thomas Meunir yang berada di posisi lebih baik dari Danny Rose.

(Photo by Paul ELLIS / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS (Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Ketika Belgium sudah mendahului 1-0, England pantas cuba memberikan tindak balas melalui hantaran lintang Kieran Trippier, namun ia berjaya dipintas oleh Vertonghen.

Nacer Chadli terpaksa dikeluarkan oleh Martinez pada minit ke-37 perlawanan akibat kecederaan, dan menggantikan beliau ialah Thomas Vermaelen

Walaupun kedua-dua pasukan cuba melakukan gerakan selepas itu, babak pertama perlawanan akhirnya berakhir dengan keputusan Belgium 1-0 England.

Dua pertukaran dilakukan England untuk cuba mengubah kedudukan pada separuh masa kedua.

Rashford dan Lingard dibawa masuk bagi menggantikan Sterling dan Rose yang kurang efektif.

Minit ke-55 menyaksikan Lingard bijak mencari ruang sebelum hantaran beliau gagal disambut oleh Kane.

(Photo credit should read GIUSEPPE CACACE/AFP/Getty Images)

Seminit selepas itu, Kevin de Bruyne melakukan satu lorongan cantik, namun gagal disambut kemas oleh Lukaku sebelum Pickford menyelamatkan keadaan.

Percubaan Eric Dier pada minit ke-70 berjaya menewaskan Courtois, namun dikeluarkan oleh pemain pertahanan, Alderweireld di garisan gol.

Minit ke-82 perlawanan, larian bijak Eden Hazard yang menyelinap di belakang Phil Jones untuk menyambut hantaran De Bruyne membuahkan hasil, apabila pemain itu kemudiannya tenang menolak bola menewaskan Pickford untuk Belgium mendahului perlawanan 2-0.

Kedudukan kekal 2-0 sehingga wisel penamat, dan generasi emas Belgium sah menduduki tempat ke-3, dan England pulang hampa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN