Harry Kane Tarik Diri Daripada Skuad England

Jurulatih England, Gareth Southgate pening kepala apabila beliau kehilangan penyerang prolifik Tottenham Hotspur iaitu Harry Kane yang menarik diri daripada skuad England untuk aksi persahabatan berprestij menentang juara Piala Dunia, Jerman dan juara dunia lima kali Brazil kerana dilanda kecederaan lutut.

Rakan sepasukannya di Spurs, pemain tengah Harry Winks, turut tidak beraksi akibat kecederaan buku lali, menjadikannya tiga pemain daripada kelab itu tidak disenaraikan kali ini memandangkan Dele Alli turut menarik diri kerana kecederaan hamstring.

Kedua-dua Kane serta Winks mengalami kecederaan itu sewaktu kelab mereka menewaskan Crystal Palace pada hari Ahad dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

(Gambar: Getty Images Europe)

Pengurus Tottenham Mauricio Pochettino mengesahkan Winks dikeluarkan pada separuh masa kedua perlawanan ketika menentang Palace, kerana terseliuh buku lali.

Dalam perlawanan itu, Kane mengadu sakit pada lututnya sewaktu separuh masa pertama dan digantikan pada minit ke-77.

Southgate memanggil Jake Livermore biarpun kelab pemain tengah West Brom itu mengalami prestasi membimbangkan, gagal mencatat kemenangan dalam 10 perlawanan.

“Perkembangan terkini skuad: kami akan kehilangan khidmat Harry Kane dan Harry Winks untuk perlawanan ini, manakala Jake Livermore dipanggil,” menurut kenyataan di laman Twitter rasmi pasukan England.

Southgate, yang membawa England mera ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 dalam cabaran utamanya sejak menggantikan Sam Allardyce tahun lalu, turut berdepan isu kecederaan yang dialami pertahanan Chelsea Gary Cahill dan pemain tengah Liverpool, Jordan Henderson. Henderson tidak beraksi ketika Liverpool menewaskan West Ham 4-1 Sabtu lalu berikutan kecederaan paha.

Situasi ini menjadikan beliau berada dalam cabaran yang sukar untuk membentuk keserasian pemain memandangkan semakin ramai pemain berada dalam senarai kecederaan menjelang perlawanan persahabatan menentang Brazil dan Jerman di Stadium Wembley.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN