Adidas Perkenal Jersi Baru Jerman Edisi Piala Dunia 2018

Adidas

Juara bertahan, Jerman telah memperkenalkan kit rasmi daripada Adidas yang akan digunakan sepanjang kempen Piala Dunia 2018 di Rusia tidak lama lagi.

Jersi terbaharu daripada gergasi syarikat keluaran barangan sukan yang berpengkalan di Jerman ini iaitu Adidas di inspirasikan dari edisi Piala Dunia 1990 di Itali yang membariskan legenda bola sepaknya seperti Lothar Mathaus, Jurgen Klinsman, Rudi Voller dan ramai lagi.

Photo: image99.com

Sumber turut memetik, Mats Hummels menyifatkan aura jersi tahun 1990 ini seakan memberikan persamaan akan pencapaian yang bakal dikecapi edisi 2018 nanti.

Manakala, Thomas Muller menyifatkan jersi yang diilhamkan dari edisi 1990 ini ditambah sedikit kesegaran agar ianya seiring dengan kemodenan dari segi coraknya.

Jersi utama atau ‘home kit’ berwarna putih ini akan dipadankan bersama seluar bewarna hitam dan berstokin putih yang menjadi kelaziman pasukan ‘Die Mannschaft’ ini.

Jersi terbaharu ini dilaporkan akan mula digunakan dalam perlawanan persahabatan bertemu England di Wembley pada 10 November ini.

Selain Jerman, Adidas melalui laman twitter nya turut memperkenalkan beberapa lagi kit pasukan yang bakal digunakan dalam edisi Piala Dunia 2018. Antaranya ialah Mexico, Rusia, Sepanyol, Belgium dan Jepun.

Sementara itu, Sweden yang perlu bermain ‘play-off’ turut diperkenalkan kit pasukan bersama-sama pasukan-pasukan yang disebut tadi.

Kesemua jersi bagi pasukan di atas sudah ada dipasaran antarabangsa dan boleh didapati melalui medium jualan secara atas talian iaitu di adidas.com

Mampukah ikon 1990 ini menjadi pemangkin pasukan Jerman untuk mempertahankan kejuaraan edisi lalu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN