Penyokong Manchester United Label Pasukannya ‘Macam West Brom Yang Kaya’

Susulan daripada kekalahan 0-1 Manchester United kepada Chelsea dalam aksi Premier League di Stamford Bridge pada awal pagi Isnin lepas, seorang penyokong Manchester United melabel pasukannya sebagai ‘macam West Brom yang kaya’.

Bercakap dalam segmen pandangan penyokong di BBC Radio 5 Live, penyokong Manchester United yang mendedahkan namanya sebagai Hassan nyata berang dengan pendekatan negatif pasukannya di bawah kendalian Jose Mourinho.

“Saya sangat marah. Ianya merupakan persembahan yang teruk. Mourinho telah berjumpa dengan pasukan 6 teratas sebanyak 10 kali – 5 seri dan 5 kekalahan. Anda tahu kami dah jadi macam apa? Kami dah jadi macam West Brom yang kaya,” luah Hassan.

Hassan turut mengkritik keputusan Mourinho untuk membawa masuk Marouane Fellaini ketika United sedang ketinggalan 0-1.

“Bila kami ketinggalan, kami bawa masuk ‘pokok’ yang bernama Fellaini, bermain hantaran jauh dan mengharapkan sesuatu akan berlaku.”

“Penyokong membayar ratusan pound untuk melihat pasukan kami bermain. Tetapi apa yang kami dapat lihat adalah pemain-pemain kami membuat hantaran ke belakang sahaja. Kami tahu apa yang akan berlaku. Ia akan menjadi seri 0-0 selepas 20 minit.”

Rancangan radio tersebut dihoskan oleh Kelly Cates dan Ian Wright. Mendengar komen Hassan, Kelly Cates memberitahu prestasi United ketika ini tidaklah begitu teruk sebenarnya.

Tetapi pendapat Cates itu segera diperbetulkan oleh Wright yang menegaskan penyokong United tidak senang dengan fakta bahawa musuh utama mereka, Manchester City sedang bermain dengan jenama bola sepak yang menghiburkan dan menikmati prestasi yang lebih baik daripada jiran mereka.

Hasan's Manchester United rant

'We're just a rich West Brom"

This, from a Manchester United fan!

Posted by BBC Sport on Monday, November 6, 2017

Hassan bersetuju dengan pendapat Wright sebelum menyambung:

“Ya, kami kehilangan [Paul] Pogba dalam perlawanan ini. Tetapi kami sepatutnya boleh bermain dengan baik walaupun kehilangan seorang pemain.”

“Kita ada [Ander] Hererra, [Marcus] Rashford walaupun beliau bermain teruk dalam perlawanan tadi dan [Henrikh] Mkhitaryan yang langsung tenggelam tadi.”

Sebelum mengakhiri komentarnya, Hassan turut memberitahu aspirasi Manchester United untuk menjuarai Premier League sudah tamat dengan kekalahan ini.

Apa komen anda? Adakah anda bersetuju bahawa Manchester United adalah ‘West Brom yang kaya’? Adakah aspirasi Manchester United untuk menjuarai Premier League sudah berakhir? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN