Harry Kane Sedia Robek Gawang Man United

Harry Kane

Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane kini telah bersedia untuk diturunkan selepas pulih dari kecederaan.

Menurut laporan Sky Sports, pengurus pasukan tersebut iaitu Jose Mourinho mengatakan beliau akan menurunkan pemain tersebut dalam perlawanan pertama mereka selepas liga tertangguh menentang Manchester United.

Sebelum ini, Kane mengalami kecederaan di bahagian hamstring pada bulan Januari ketika menentang Southampton dan kini penyerang kebangsaan England itu berjaya pulih selepas liga terhenti akibat wabak Covid-19.

Walaupun bakal diturunkan, Mourinho tidak dapat memberikan gambaran berapa lamakah Kane bakal digunakan semasa menentang Manchester United.

“Adakah beliau akan beraksi 90 minit, 80, 70, 60? Saya tidak tahu. Hanya perlawanan saja nanti yang akan beritahu.”

“Beliau telah bekerja dengan baik sekali, saya boleh katakan beliau tiada masalah untuk mula beraksi pada perlawanan menentang Manchester United.”

Krisis kecederaan melibatkan pemain di Tottenham Hotspur membataskan pilihan Mourinho untuk menurunkan pemain beliau.

Mourinho juga tertekan kerana pemain lain seperti Son Heung-min dan Steven Bergwijn juga tidak dapat diturunkan sekaligus melemahkan sistem serangan Tottenham Hotspur.

Namun begitu keresahan itu tidak akan lagi ada kerana Son dan juga seorang lagi pemain iaitu Moussa Sissoko sudah boleh diturunkan selepas pulih dari kecederaan masing-masing.

Dalam masa yang sama, Mourinho mengakui yang beliau menganggap cabaran untuk memperoleh kedudukan empat terbaik liga ini adalah satu situasi yang janggal.

“Ianya satu pertarungan yang janggal tetapi dalam masa yang sama ianya adalah satu cabaran yang menarik dan menaikkan motivasi.”

“Saya tidak akan lihat kepada perbezaan mata. Sebab itu saya katakan yang saya tidak boleh beritahu berapakah perbezaan sebenar mata yang diperoleh antara kami dengan pihak lawan.”

Tottenham Hotspur kini berada di tangga kelapan Premier League namun begitu masih mempunyai peluang untuk menduduki kelompok empat terbaik liga.

Akan tetapi, mereka masih memerlukan bantuan dari pihak lawan untuk membolehkan aspirasi mereka beraksi di UEFA Champions League musim hadapan berjaya.

Baca juga artikel kami mengenai Harry Kane:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN