Ronaldo Mahu Beli Kylian Mbappe

Kylian Mbappe Lottin

Adakah Kylian Mbappe Lottin kini bakal dirisik oleh kelab La Liga?

Presiden kelab La Liga, Real Valladolid, Ronaldo Nazario mengatakan beliau mempunyai satu pemain yang diimpikannya untuk dijadikan sebagai bintang dalam pasukannya itu.

Bercakap kepada media, Ronaldo yang merupakan bintang Brazil ketika negara itu menjuarai Piala Dunia 2002 berkata yang beliau berminat untuk menjadikan Kylian Mbappe sebagai teraju utama serangan Real Valladolid.

Ronaldo ditanya, jika Real Valladolid mempunyai bajet perpindahan seperti Real Madrid, beliau dengan pantas menyebut nama pemain muda Perancis itu.

“Saya mahu beli Kylian Mbappe.”

“Kelajuan yang ada padanya mengingatkan kepada kelajuan saya, bagaimana beliau menyudahkan peluangnya. Beliau mengingatkan saya kepada corak permainan saya.”

Mbappe jelas sekali kini berada dalam status pemain bola sepak elit di dunia dengan kenaikan mendadak prestasinya sejak dari era AS Monaco yang ketika itu nama beliau muncul buat pertama kali.

Malah legend bola sepak Brazil iaitu Pele turut mengakui kemantapan pemain itu dengan terutamanya selepas Mbappe menjulang Perancis ke gelaran Piala Dunia yang kedua di Rusia pada 2018.

Ronaldo menjadi presiden kepada Real Valladolid sejak dari 2018 dengan memiliki 51% pegangan kelab itu.

Baca juga artikel kami mengenai Kylian Mbappe Lottin:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN