Harry Kane Berjaya Pecahkan Rekod Jaringan Alan Shearer Dan Lionel Messi

Harry Kane

Penyerang antarabangsa England yang beraksi bersama Tottenham Hotspur, Harry Kane sekali lagi berjaya meledakkan hatrik yang juga merupakan hatrik keduanya dalam tempoh seminggu ini.

Kejayaan tersebut lebih bermakna apabila Kane telah memecahkan rekod gol Liga Perdana Inggeris dan Eropah terbanyak dalam masa setahun yang sebelum ini dipegang legenda England, Alan Shearer dan pemain terkenal dunia, Lionel Messi.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 26: Harry Kane of Tottenham Hotspur scores his sides first goal during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Southampton at Wembley Stadium on December 26, 2017 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Penyerang yang berusia 24 tahun itu berjaya memintas rekod jaringan terbanyak dalam setahun bagi saingan Liga Perdana Inggeris yang sebelum ini dipegang Alan Shearer dengan 36 gol dalam 42 perlawanan.

Kane yang sebelum ini sudah pun berjaya menyamai pencapaian tersebut ketika perlawanan bertemu Burnley, meledakkan satu lagi hatrik ketika kemenangan 5-2 menentang Southampton malam semalam.

SpursSouth from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Ini menjadikan jumlah jaringan beliau sebanyak 39 gol dalam 35 perlawanan bagi tahun 2017.

Koleksi 39 jaringan tersebut sekaligus memadamkan rekod 22 tahun yang dipegang Shearer yang ketika itu beraksi untuk Blackburn Rovers.

Bagi penjaring terbanyak Eropah tahun 2017 pula, Kane mengatasi pencapaian 54 gol yang dihasilkan Lionel Messi dalam semua pertandingan.

Beliau berkelebihan dua jaringan berbanding bintang Argentina itu setelah mencatatkan 56 jaringan termasuk 6 daripadanya adalah dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Lebih manis 56 jaringan itu dicatatkan dalam 52 penampilan beliau.

Mengulas mengenai pencapaian hebat ini, Kane berkata dalam sumber laman rasmi UEFA: ”Ini merupakan tahun yang sangat hebat,” kata beliau. ”Untuk dibandingkan dengan Messi dan Shearer, itu adalah perkara yang menakjubkan. Memperolehi satu lagi jaringan hatrik adalah penutup yang sempurna untuk tahun ini.”

”Ia merupakan sesuatu perkara yang sentiasa perlu ditingkatkan setiap tahun. Itu merupakan apa yang saya selalu lakukan dalam karier dan apa yang saya akan terus lakukan.”

Dalam perkembangan tersebut, Alan Shearer mengucapkan tahniah di akaun Twitternya diatas kejayaan Harry Kane memecahkan rekod yang dicipta beliau pada tahun 1995 itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN