Boxing Day: Liverpool Berpesta Gol Di Anfield, Manchester United Diikat Burnley

Boxing Day

Nasib berbeza dirasai Liverpool dan Manchester United pada perlawanan ‘Boxing Day’ dihadapan penyokong sendiri apabila Liverpool menang bergaya dengan membelasah pasukan tercorot liga, Swansea City manakala Manchester United dipaksa berhempas pulas untuk seri ketika bertemu Burnley.

Liverpool (5) lawan Swansea City (0)

Liverpool yang mencatatkan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan terakhir liga setakat ini menyandarkan harapan kepada trio Phillipe Coutinho, Mohamed Salah dan Roberto Firmino bagi meraih mata penuh pada perlawanan ini.

Trio tersebut jelas tidak menghampakan apabila mereka terlibat dengan 3 daripada 5 jaringan yang terhasil apabila Coutinho yang mendapat hantaran daripada Salah, berjaya meledakkan jaringan pertama seawal minit ke-6.

Coutinho kemudiannya melakukan sepakan percuma yang berjaya disambar oleh Firmino untuk jaringan kedua pada permulaan babak kedua.

Selepas itu pemain muda, Alexander-Arnold turut meletakkan nama selaku penjaring gol setelah beliau yang berjaya mencuri bola daripada pertahanan Swansea City seterusnya melakukan rembatan yang menewaskan Lukasz Fabianski di gawang pelawat.

LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 26: Roberto Firmino of Liverpool scores his second and his sides fourth goal during the Premier League match between Liverpool and Swansea City at Anfield on December 26, 2017 in Liverpool, England. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Roberto Firmino menambah jaringan ke-4 buat The Kops setelah dengan mudah menolak masuk lorongan dari Mohamed Salah di minit ke-66.

Pemain antarabangsa England, Alex Oxlade-Chamberlain menutup tirai jaringan untuk kemenangan lima gol tanpa balas memihak skuad bimbingan Jurgen Klopp itu.

Dengan kemenangan ini meletakkan Liverpool ditangga ke-4 liga dengan mencatatkan 38 mata.

LIVERPOOLSwansea from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Manchester United (2) lawan Burnley (2)

Jaringan minit akhir yang dihasilkan pemain gantian, Jesse Lingard berjaya menyelamatkan Manchester United dari dikejutkan Burnley pada perlawanan yang berlangsung di Old Trafford

Pada perlawanan ini, Jose Mourinho memilih untuk meletakkan Zlatan Ibrahimovic dan Romelu Lukaku sebagai pemain kesebelasan utama.

Pelawat tidak menunggu lama untuk merobek gawang United yang dikawal David De Gea apabila Ashley Barnes mencipta jaringan pendahuluan pada minit ke-3.

Jaringan tersebut terhasil menerusi sepakan percuma dilakukan oleh Johann Berg Gudmundsson gagal dikeluarkan dengan kemas oleh Romelu Lukaku yang cuba membantu jentera pertahanan.

Bola yang terbias terkena Kevin Long berjaya disudahkan oleh Ashley Barnes dengan rembatan jarak dekat.

Burnley sekali lagi mengejutkan penyokong tuan rumah apabila menambah jaringan menerusi sepakan percuma menarik yang diambil Steven Defour terus menerjah jaring di minit ke-36.

United yang berusaha untuk memperolehi jaringan penyamaan pada babak pertama ternyata buntu dek kerana kekentalan barisan pertahanan Burnley dan juga ketangkasan Nick Pope di gawang pelawat.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 26: United player Jesse Lingard celebrates his late equalising goal during the Premier League match between Manchester United and Burnley at Old Trafford on December 26, 2017 in Manchester, England. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

Kemasukan Jesse Lingard dan Henrikh Mkhitaryan yang menggantikan Zlatan Ibrahimovic dan Marcos Rojo pada awal babak kedua berjaya membuahkan hasil.

Hantaran lintang dari Ashley Young pada minit ke-53 berjaya disudahkan dengan bergaya oleh Lingard yang melakukan ‘backheel’ bagi United kembali merapatkan kedudukan.

Ketika perlawanan hampir menuju penghujung, Lingard muncul sebagai wira United apabila rembatannya berjaya menyamakan kedudukan sekaligus mengelakkan skuad bimbingan Jose Mourinho menerima kekalahan pada ‘boxing day’ musim ini.

Man Utd Burnley from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Keputusan perlawanan lain

Perlawanan lain yang berlangsung juga tidak kurang hebatnya apabila Tottenham Hotspur menewaskan Southampton dengan keputusan 5-2. Bournemouth pula seri 3-3 bertemu West Ham di Stadium Vitality

Watford kembali mencipta kemenangan selepas menumpaskan Leicester City 2-1. Sebelum ini Watford tewas empat perlawanan berturut-turut.

Dua jaringan hasil tandukan Alvaro Morata dan Marcos Alonso memastikan tiga mata penuh buat Chelsea yang menang 2-0 di Stamford Bridge untuk kekal berada di tempat ke-3.

Sementara itu, Huddersfield dan Stoke City berkongsi mata selepas seri 1-1. Thomas Ince dan Ramadan Sobhi meletakkan nama selaku penjaring buat pasukan masing-masing.

Pasukan yang berada di zon penyingkiran, West Bromwich Albion berjaya mengikat Everton dengan keputusan tanpa jaringan di The Hawthorns.

Aksi diantara Newcastle United bertemu Manchester City akan diadakan pada pagi esok manakala Crystal Palace menentang Arsenal berlangsung pagi Jumaat nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN