Jose Mourinho: £300 Juta Yang Saya Guna Untuk Beli Pemain Masih ‘Tak Cukup’

Selepas Manchester United hanya mampu seri 2-2 menentang Burnley (pasukan yang membelanjakan £71 juta untuk membina skuad sejak musim 2016/2017) di Old Trafford, Jose Mourinho memberitahu media pelaburan £300 juta yang digunakannya untuk membeli pemain ‘masih belum cukup’.

Pengurus United itu memberi contoh Manchester City, yang mampu membeli bek sisi pada ‘harga penyerang’, kini berpeluang melebarkan jurang pendahuluan dengan United kepada 15 mata jika menang menentang Newcastle United pada awal pagi esok.

Pembelian bek sisi yang dimaksudkan oleh Mourinho adalah Benjamin Mendy (£52 juta), Kyle Walker (£46 juta) dan Danilo (£27 juta) yang dibawa masuk oleh City pada jendela perpindahan pemain musim panas lepas.

Meskipun skuadnya berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-2 menerusi 2 gol jaringan Jesse Lingard, Mourinho mengingatkan media bahawa United telah tercicir 8 mata daripada 5 perlawanan terakhir mereka dan standard ini perlu diperbaiki.

“Kami sedang berada di tahun kedua untuk membina pasukan yang ketika ini bukan salah satu pasukan terbaik di dunia,” kata Mourinho. “Manchester City membeli bek sisi pada harga penyerang. Pelaburan kami masih belum cukup.”

Senarai pembelian Manchester United sejak musim 2016/2017:

1. Paul Pogba (£95 juta)
2. Henrikh Mkhitaryan (£38 juta)
3. Eric Bailly (£34.2 juta)
4. Romelu Lukaku (£76.2 juta)
5. Nemanja Matic (£40.2 juta)
6. Victor Lindelof (£31.5 juta)

Jumlah keseluruhan: £315.1 juta

Senarai pembelian Manchester City sejak musim 2016/2017:

1. John Stones (£50 juta)
2. Leroy Sané (£45 juta)
3. Gabriel Jesus (£29 juta)
4. Ilkay Gundogan (£24.3 juta)
5. Claudio Bravo (£16.2 juta)
6. Nolito (£16.2 juta)
7. Marlos Moreno (£5 juta)
8. Geronimo Rulli (£4.2 juta)
9. Oleksandr Zinchenko (£1.8 juta)
10. Pablo Mari (£0.18 juta)
11. Benjamin Mendy (£52 juta)
12. Kyle Walker (£46 juta)
13. Danilo (£27 juta)
14. Bernardo Silva (£45 juta)
15. Ederson (£36 juta)
16. Douglas Luiz (£10.8 juta)
17. Luka Ilic (£4.5 juta)
18. Olarenwaju Kayode (£3.4 juta)

Jumlah keseluruhan: £416.6 juta

Menurut Mourinho, harga yang perlu dibayar oleh kelab besar seperti United untuk membeli pemain selalunya lebih besar berbanding kelab-kelab lain. “Disebabkan harga pemain yang mahal, selalunya kelab besar seperti kami lebih cenderung untuk membuat kesilapan ketika membeli pemain.”

Ketika ditanya sama ada beliau akan berbelanja dalam jendela perpindahan musim sejuk yang bakal dibuka pada 1 Januari nanti, Mourinho terus meninggalkan bilik sidang media tanpa menjawab soalan tersebut.

Seperti persembahan anak buahnya ketika seri 2-2 dengan Leicester City pada 24 Disember lepas, Mourinho sekali lagi berang dengan persembahan defensif pasukannya.

“Kami lepaskan gol-gol bodoh lagi. Itu yang kami buat sekarang; lepaskan gol-gol bodoh yang memberi impak kepada perlawanan,” kata Mourinho.

Pada masa yang sama beliau turut tidak bergembira dengan persembahan jentera serangannya. “2 gol selepas mendominasi sebahagian besar perlawanan adalah angka yang buruk. Tapi saya tahu mereka mencuba sedaya-upaya disebalik masalah dan kecederaan yang kami hadapai ketika ini,” ujarnya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN