Harimau Malaya Sedia Tampil Lebih Agresif Di Pentas Antarabangsa

Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Loading official content
Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers'
Jose Mourinho turned up the heat ahead of Thursday night's Ibrox showdown by insisting that Fenerbahce are a better team than Rangers.
0 seconds of 1 minute, 17 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield
01:27
00:00
01:17
01:17
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Skuad Harimau Malaya dilaporkan bakal tampil dengan lebih agresif selepas ini bawah kendalian jurulatih baharu kebangsaan iaitu Peter Cklamovski untuk mengharungi aksi di pentas antarabangsa.

Terdahulu, Cklamovski secara rasminya telah pun melapor diri bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) beberapa hari lalu dan kehadiran beliau dinanti-nantikan oleh para peminat.

Apa tidaknya bekas pengendali FC Tokyo di Jepun itu sebelum ini telah pun diperkenalkan secara rasmi oleh FAM selaku jurulatih baharu kebangsaan menerusi revolusi baharu Harimau Malaya.

Hadir dengan reputasi serta pengalaman cukup luas di pentas antarabangsa, kelibat Cklamovski sudah tentu ditagih kini untuk memastikan Malaysia berada pada landasan tepat di pentas antarabangsa.

Ujar pengendali kelahiran Australia itu, beliau mahu membentuk skuad lebih agresif selepas ini dengan meliputi posisi pertahanan sehingga kepada serangan.

“Pertama sekali, kami perlu menjadi satu pasukan. Kami tidak akan bergantung kepada seorang pemain, kami perlukan 11 pemain.

“Jadi sesiapa yang memakai lencana dan menyarung jersi (skuad negara) akan mewakilinya dengan penuh penghormatan, komitmen, kebanggaan dan semangat.

“Itu adalah titik permulaan, kami akan menjadi pasukan yang kuat. Jadi bermakna 11 pemain bersedia untuk bermain gaya bola sepak yang kami mahu hasilkan.

“Iya, kami mahu menyerang, kami mahu menjadi agresif dan ada masa kami mahu bertahan dengan benar-benar kuat, komited dan akhirnya bekerja keras untuk mencapai impian.

“Siap sedia untuk bekerja keras. Kami akan menjadi agresif, kami akan tingkatkan segala-galanya sebagai satu pasukan.

“Menerusi kerja keras dan komitmen, kami akan bersama mencapai peningkatan yang diperlukan untuk mendapat keputusan yang kami mahu,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, beliau menyatakan tekanan itu merupakan sebahagian daripada dunia bola sepak dan Cklamovski menyukainya sebagai suatu cabaran.

“Tekanan itu sentiasa ada dalam bola sepak. Kerja saya tidak datang tanpa tekanan setiap hari. Saya sukakannya.

“”Satu-satunya cara untuk menghadapi tekanan itu ialah fokus kepada tugasan yang kita lakukan setiap hari dan saya akan fokus sepenuhnya pada hal itu,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN