Kelantan DN: Bermula Sangat ‘Gah’ & Bakal Tamat Dengan Cukup Aib?

Apa sudah jadi dengan nasib bola sepak Kelantan Darul Naim (Kelantan DN) terkini dan masa akan datang? Mungkin itu persoalan yang sedang bermain dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Jika 2023 menjadi masa cukup gelap untuk skuad Kelantan The Red Warriors (TRW), mungkin tahun ini satu lagi kelab dari negeri itu turut mengalami nasib serupa.

Mengimbas kembali pada perjalanan awal sebelum tirai saingan Liga Malaysia bermula, pasukan itu boleh dikatakan bermula dengan serba bagus menerusi beberapa pemain tempatan serta import diperkenalkan.

Paling menarik, sudah tentu ketika mereka menandatangani khidmat jurulatih import dari Korea Selatan iaitu Park Jaehong yang dijangka mampu menaikkan lagi kualiti pasukan tersebut.

Dalam kalangan pemain import, beberapa nama besar turut ditandatangani seperti penyerang kebangsaan Guinea-Bissau iaitu Valdumar Augusto, Michal Jerabek (Czechia), Chadrack Muzungu (Congo), serta Oday Kharoub (Palestin).

Pengenalan-pengenalan pemain ini dianggap sebagai suatu harapan terbaharu buat bola sepak di Kelantan sebelum ianya tampil serba tidak menjadi.

Lebih menarik, pasukan ini menjadi antara terawal memperkenalkan barisan pemain import mereka yang sebelum itu merupakan sembilan orang jika dibandingkan beberapa kelab lain.

Jangan dilupakan, pasukan ini juga turut mencipta penjenamaan semula untuk tampil lebih segar dengan nama Kelantan United ditukarkan kepada Kelantan DN.

Tetapi, segala kisah gembira tersebut gagal bertahan lama dengan pasukan itu mengalami isu konsistensi dalam permainan sehingga meraih pelbagai kritikan daripada peminat.

Ketika ini, Kelantan DN terperosok di tangga terakhir Liga Super dengan hanya memperoleh dua kemenangan sahaja daripada 18 perlawanan diharungi serta menampilkan aksi cukup teruk.

Reputasi semasa pasukan itu juga bukan sekadar tercalar daripada segi persembahan mereka di atas padang, tetapi kisah dalaman mereka turut meriah dikongsikan kepada tatapan umum.

Isu kewangan dilaporkan semakin menghimpit pasukan itu sehingga ada ejen pemain turut menyatakan hal itu di media sosial untuk tatapan para peminat bola sepak tempatan.

Malah, agak pelik situasi sejak beberapa aksi lalu apabila Kelantan DN hanya membawa turun beberapa pemain import sahaja di atas padang dan selebihnya tidak diketahui.

Situasi buruk yang melanda Kelantan DN ini sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai tanggapan buruk kepada pihak pengurusan yang masih lagi belum menyatakan perkara sebenar.

Kami di Semuanya BOLA sendiri belum mengetahui isu sebenar yang melanda pasukan itu selain timbul persoalan jika Kelantan DN akan terus kekal atau turut berkubur pada musim seterusnya seperti Kelantan TRW?

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN