Ingatkah anda mengenai artikel Politik dan Bola Sepak Britain yang pernah disiarkan di Semuanya Bola hampir 2 tahun lalu?
Memang benar boleh bola sepak salah satu industri sektor ketiga kebanggaan Britain pada waktu ini. Namun, kerajaan negara tersebut sentiasa ada usaha untuk menjaga industri ini.
Perjuangan Hingga ke Parlimen
Justin Madders (gambar), seorang ahli parlimen daripada Parti Buruh pernah mengusulkan satu rang undang-undang kepada kerajaan Britain.
Nota: Parti Buruh merupakan parti pembangkang utama Britain. Kini Kerajaan Britain ditadbir oleh Parti Konservatif.
Rang undang-undang itu dikenali sebagai Football Supporters (Access) Bill. Anda boleh membaca ucapan pembentangan beliau di pautan ini.
Asalnya, Rang Undang-Undang ini melalui Bacaan Pertama pada 30 November tahun lalu. Namun, Rang Undang-Undang ini akan melalui Bacaan Kedua pada Jumaat minggu hadapan.
Intipati Rang Undang-Undang Tersebut
Rang undang-undang ini mencadangkan kepada kelab bola sepak di negara itu agar memberi diskaun tiket 10% kepada penonton berumur 22 tahun dan ke bawah.
Salah satu tujuan Rang Undang-Undang ini dibahas ialah bagi mengelakkan penonton muda tidak dapat ke stadium kerana tiket perlawanan terlalu mahal.
Sekiranya tiket terlalu mahal, kebarangkalian penonton untuk ke stadium sangat rendah.
Menurut Justin Madders, sekiranya undang-undang ini dilaksanakan, ia mampu menyekat kelab bola sepak terkemuka terus menyedut wang dari penyokong. Dengan kata mudahnya, tamak.
Laporan terkini menyatakan peratusan penyokong berumur 16-20 tahun yang hadir perlawanan menjunam di bawah 10%.
Pada laporan sebelum ini, penyokong pada gap umur sama mencatatkan 20% yang hadir perlawanan.
Justin Madders mengharapkan Rang Undang-Undang ini mendapat sokongan kerajaan dan ahli Dewan Rakyat lain.
Tiket Mahal?
Sejak beberapa tahun lepas, BBC membuat kajian mengenai jualan tiket perlawanan paling murah dan paling mahal.
Kajian tersebut boleh dibaca pada pautan ini. Namun begitu, ada saja beberapa kelab yang tidak menyatakan figura sebenar maklumat tersebut.
Anda boleh menggunakan panduan ini untuk menonton bola sepak di Britain.
Adakah Ini Tindakan Wajar?
Setiap sukan memerlukan penyokong, termasuklah bola sepak. Tanpa sokongan kuat, agak sukar industri sukan bertahan.
Pertimbangan seperti pengurangan harga tiket perlu dilakukan agar sukan dekat di hati penyokong. Bak kata organisasi penyokong di luar negara:
“Penyokong bukanlah pelanggan.”
Baca juga: Baddrol Bakhthiar Dipilih Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana