Politik Dan Bola Sepak Britain

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Ahmad Loqman Izzat bin Mat Pozi. Penulis bebas yang fokus menulis mengenai sukan di dunia.

Lebih banyak tulisan beliau boleh dibaca di page Sepakan Korner Ahmad Loqman Izzat.


Pada bulan Mei lalu, Britain telah mengadakan pilihan raya Umum. Semua maklum, Parti Konservatif diberikan mandat penuh.

Daripada 650 kerusi dipertandingkan, Konservatif mendapat 330 kerusi. Sekaligus melepasi keperluan 326 kerusi untuk memenangi majoriti mudah.

Parti Buruh pula mendapat 232 kerusi di tempat kedua.

Di tempat ketiga, Parti Kebangsaan Scotland (SNP) mendapat 56 kerusi. Parti Liberal Demokrat pula memenangi 8 kerusi. Gabungan parti-parti kecil lain pula mendapat 24 kerusi.

Bola sepak sebagai modal politik

Britain dibentuk melalui kesatuan antara 4 negara. Iaitu England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Keempat-empat negara ini mempunyai FA dan liga berasingan.

Britain merupakan tanah kelahiran bola sepak moden. Malah, salah satu liga terbaik di dunia dimainkan di Britain iaitu Liga Perdana Inggeris.

Industri bola sepak Britain dijadikan modal parti-parti politik untuk diletakkan di dalam manifesto mereka.

Parti Konservatif dipimpin oleh David Cameron menyatakan sekiranya mereka menerima mandat, kemudahan Sukan Komuniti akan ditingkatkan kualitinya. Ia akan dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, FA dan Liga Perdana.

Kemudahan padang bola sepak tiruan akan dibina di 30 bandaraya sekitar Britain.

Parti Konservatif memalukan diri sendiri

Kebetulan ada peristiwa lucu sewaktu kempen Parti Konservatif, David Cameron menyatakan sokongan kepada West Ham United.

Walhal, semua sudah mengetahui David merupakan penyokong tegar Aston Villa. Kekeliruan kelab kerana warna yang sama menyebabkan beliau terkeliru.

david cameron aston villa and west ham

Manifesto Parti Buruh

Parti Buruh yang diketuai Edward Milliband menyatakan dalam manifesto bahawa mereka bakal memperkenalkan peraturan membenarkan kewujudan Yayasan Amanah Penyokong (Supporters Trust).

Supporters Trust berkuasa untuk melantik dan memecat paling kurang 2 orang Director of Football.

Supporters Trust juga dibenarkan untuk membeli saham kelab sekiranya ada perubahan pemilik kelab bola sepak.

Parti Liberal fokus isu keselamatan

Nick Clegg yang memimpin Parti Liberal Demokrat pula menawarkan untuk membentuk Perbadanan Keselamatan Venue Sukan.

Berkaitan isu ini, parti ini akan membenarkan kewujudan safe-standing seperti yang diamalkan di negara Eropah lain. Contohnya Jerman.

Politik dan bola sepak Britain

Ini merupakan hanya poin utama dalam bidang bola sepak untuk tiga parti utama Britain.

Menariknya di Britain ini, ahli politik tidak perlu menyatakan kelab bola sepak sokongan mereka untuk mendapat sokongan dari penduduk sekitar.

Seperti David Cameron, yang menyokong Aston Villa. Sedangkan kawasan parlimen Witney yang diwakilinya agak jauh ke utara.

David menyokong Aston Villa kerana pakciknya, Sir William Dugdale, merupakan bekas pemilik Aston Villa.

Sir William Dugdale sering membawa David sewaktu kanak-kanak ke stadium untuk menonton perlawanan Aston Villa.

David Cameron pernah turun membuat pembentangan bidaan Piala Dunia 2018 England bersama David Beckham dan Putera William.

Prince-WilliamDavid-Camer-006

Malah, beliau sering menonton perlawanan Piala Dunia di pejabatnya, No 10 Downing Street.

Nick Clegg penyokong Arsenal

Nick Clegg mewakili salah satu kawasan parlimen di Sheffield.

Beliau pernah memberitahu beberapa tahun dahulu bahawa dia tidak menyokong sama ada Sheffield United atau Sheffield Wednesday.

Akhirnya, Nick memberitahu dia penyokong Arsenal dan seringkali dilihat menonton perlawanan melibatkan Arsenal.

Gordon Brown penyokong Raith Rovers

Mantan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown merupakan penyokong Raith Rovers yang bermain di divisyen bawahan Scotland. Gordon sendiri sewaktu kanak-kanak pernah menjual match program.

Sewaktu Gordon menjadi Menteri Kewangan, beliau pernah membantu Raith Rovers untuk menjayakan pengambil alihan kelab itu.

Lucunya, beliau ketika itu mewakili kawasan Kirkcaldy dan Cowdenbeath. Dan musuh setempat Raith Rovers ialah Cowdenbeath.

Tak hairanlah jika ada pengundi yang tidak menyukai beliau kerana menyokong Raith Rovers.

Begitu kuat budaya sukan bola sepak British sehinggakan ia menjadi kunci utama parti-parti politik Britain untuk mengekalkan legasi kebanggaan negara mereka.

Jangan terkejut jika anda melihat wajah ahli politik di stadium kerana mereka hanya ingin tonton perlawanan bola sepak, bukan berkempen!

Senarai Perdana Menteri Britain dan kelab yang mereka sokong:

  • David Cameron (2010 – kini) – Aston Villa
  • Gordon Brown (2007 – 2010) – Raith Rovers
  • Tony Blair (1997 – 2007) – Newcastle United
  • John Mayor (1990 – 1997) – Chelsea
  • Margaret Thatcher (1979 – 1990) – Blackburn Rovers
  • James Callaghan (1976 – 1979) – Cardiff City
  • Edward Heath (1970 – 1974) – Burnley
  • Harold Wilson (1964 – 1970, 1974 – 1976) – Huddersfield Town

Sumber: The Telegraph, The Guardian, Football Supporters Federation, The Scotsman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN