Tips Untuk Melakukan Skil Gunting (Step Over-Scissor) Ketika Menggelecek

Skil gunting ataupun silang kaki ini digelar scissor skills. Ia adalah teknik pembunuh gerakan pertahanan yang menjadi kekuatan utama pemain seperti Cristiano Ronaldo, Ronaldinho, Neymar dan ramai lagi.

Ia adalah baka daripada step over skills. Namun ia jenis scissors/gunting.

Step over skills yang asas adalah seperti di bawah ini.

Dahulu kita sering melihat aksi pemain seperti Denilson yang dianggap memiliki kepantasan skil gunting ini pada kadar luar biasa.

Konsep

Untuk melakukan teknik ini, anda perlu memahami konsep asas. Ia adalah satu skil untuk mengelirukan pertahanan tentang masa anda untuk menukar arah gerakan.

Ketika menukar arah gerakan anda perlu menjana gerakan segera yang pantas.

Ia adalah skil ketika bertentang dengan pertahanan. Mulakan degan asas skil gunting satu kaki melakukan menyilang atas bola dan satu lagi menolak bola.

Mulakan dengan latihan asas seperti di bawah ini supaya anda lebih ringan melakukannya.

Skil gunting yang baik adalah skil yang nampak fluid. Untuk lebih advance, anda boleh melakukan gunting ini dengan bola bergerak.

1. Mulakan dengan menggolekkan bola 

Latihan paling asas adalah perbaiki sentuhan anda untuk memastikan bola sentiasa di hadapan anda.

Pastikan bola digolek pada kadar yang anda selesa untuk kawal. Jangan mulakan latihan dengan kadar larian yang laju. Mulakan dengan perlahan.

Selepas anda semakin baik, barulah anda naikkan kelajuan.

2. Kedudukan bola 

Proses kedua adalah ketika anda menghampiri pertahanan, anda perlu memastikan bola berada dekat dengan kaki anda.

Untuk latihan asas anda boleh mulakan dengan kaki lemah menyilang bola dan kaki utama menyentuh bola ke satu arah.

Kemudian, latih skil gunting ini menggunakan kedua-dua belah kaki, supaya anda boleh melakukan execution dengan mana-mana kaki.

3. Rendahkan kedudukan pinggul dan badan

Ketika melakukan proses menyilangkan kaki anda, anda harus menurunkan pinggul dan kedudukan badan anda.

Ini untuk membolehkan anda mendapatkan kestabilan ketika melakukan skil ini dalam keadaan titik graviti rendah.

Ia juga membantu anda untuk menjana kuasa pada gerakan anda ketika menukar arah.

4. Silangkan kaki 

Kaki yang mengacah akan disilangkan merentasi kedudukan bola secara putaran jam.  Jika bertentangan dengan arah jam, ia dianggap step over yang asas tadi.

Kaki yang sebelah lagi akan menolak bola ke arah bertentangan dengan kaki luar.

5. Tukar kelajuan

Fasa ini paling penting. Anda perlu menambahkan kelajuan anda pada kadar segera. Ini yang akan membuatkan pertahan tertinggal di belakang.

Tambah baik skil anda

Untuk menambahkan kualiti dan ketajaman skil anda, anda perlu berlatih untuk aspek lain selain kaki.

Pertamanya adalah gerakan bahu anda. Semakin baik anda melakukan acahan menggunakan gerak bahu (shoulder feint) serta kepala, semakin berkesan anda menipu lawan anda.

Fasa seterusnya adalah memperbaiki kelajuan anda ketika melakukan skil gunting ini.

Kelajuan termasuk bola yang anda golekkan serta kadar kelajuan anda melakukan acahan dan sentuhan akhir.

Fasa yang ketiga adalah tambahkan jumlah acahan anda dalam scissor feint ini. Daripada 1 kepada 2, 3 dan sebagainya.

Rumusan

Skil ini adalah berkait rapat dengan kepantasan dan juga keberanian untuk melepasi pertahanan secara berhadapan.

Anda perlu ada latihan yang kerap supaya scissor anda menjadi lebih penetratif dan bukannya syok sendiri.

Baca juga: Lambreta, Skil Freestyle Dalam Bola Sepak Yang Lebih ‘Menghancurkan’ Mangsa

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN