Hanya 20,000 Dibenar Saksikan Harimau Malaya Di Pusingan Kelayakan Piala Asia

Hanya 50% kapasiti stadium atau pun maksima 20,000 penonton dibenarkan menyaksikan perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023.

Sebelum ini Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberikan hak penganjuran pusingan akhir kelayakan kepada enam negara termasuk Malaysia.

Selain Malaysia, lima negara lain yang turut akan menjadi tuan rumah adalah India, Kuwait, Kyrgyzstan, Mongolia, dan Uzbekistan.

Kapasiti penonton yang dibenarkan untuk masuk ke stadium  itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada hari ini.

#KaranganBolaSepak
Foto: PFAM

 

Jumlah yang dinyatakan itu adalah berdasarkan kelulusan terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita akan terus pantau keadaan [semasa] Covid-19 dan mempunyai masa sehingga Jun. Sekirnya mengizinkan, kita akan memohon KKM dan MKN untuk membenarkan lebih ramai penyokong masuk ke stadium untuk menyaksikan perlawanan,” ujar beliau kepada wartawan pada hari ini selepas merasmikan padang sintetik di Universiti Sains Malaysia (USM).

Untuk rekod, kali terakhir pasukan negara beraksi di kejohanan Piala Asia ialah pada 2007 selaku tuan rumah bersama dengan Indonesia. Pasukan negara juga tidak pernah mara ke pusingan akhir secara merit sejak penganjuran pada 1980 di Kuwait.

 

 

Piala Asia 2023 akan diadakan di China, dan merupakan antara sasaran yang diletakkan oleh FAM kepada skuad kebangsaan sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Hamidin turut mengesahkan ketua jurulatih Harimau Malaya akan diumumkan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon pada Selasa atau Rabu akan datang.

Bernama melaporkan jurulatih dari Korea Selatan itu mahu menemui tidak kurang daripada 7 calon untuk jawatan tersebut terlebih dahulu, sebelum ianya dimuktamadkan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN