Tanda Tanya Pembantu Jurulatih Tempatan Negara Bakal Terjawab Minggu Depan

Teka-teki mengenai pembantu ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan, Kim Pan Gon bakal terjawab pada minggu hadapan menerusi pengumuman khas.

Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan nama pembantu tersebut bakal diumumkan pada Selasa atau Rabu ini buat semua peminat bola sepak tanah air.

“Insya-Allah, pada hari Selasa atau Rabu ini akan diumumkan nama pembantu jurulatih tempatan itu.

“Pemilihan dibuat Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell dan diikuti Pan Gon dan mereka ini adalah individu dalam FAM, jadi pemilihan mereka adalah keputusan FAM,” katanya kepada media selepas merasmikan Padang Kopa Arena Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini menerusi Berita Harian.

Hamidin ketika ditanya mengenai sama ada kehadiran Pan Gon mampu untuj mengubah kembali prestasi skuad kebangsaan, jelas beliau pihaknya akan lebih berusaha untuk menggapai kejayaan berbanding sebelum ini.

“Kita nak berubah, kalau terlalu negatif tak boleh maju.

“Jadi apa yang boleh saya kata pada ketika ini, kita akan lebih berjaya daripada sebelum ini,” katanya lagi.

Sebelum itu, media telah melaporkan mengenai dua senarai pendek calon jurulatih yang disediakan oleh FAM sebagai pembantu kepada Pan Gon.

Namun bekas pengendali skuad kebangsaan Hong Kong itu mahu menilai sendiri bakal pembantu beliau di samping mahu berjumpa sendiri dengan tujuh nama calon yang telah tersenarai dalam pemilihan berkenaan.

Pengendali yang berasal dari Korea Selatan itu juga telah memaklumkan mengenai pertemuan tersebut akan dibuat pada minggu hadapan secara peribadi tanpa campur tangan pihak luar.

Beberapa jurulatih tempatan yang dilihat minat untuk membantu Pan Gon dalam menaikkan kembali bola sepak negara ialah bekas pengendali Kedah Darul Aman dan Kelantan, Azraai Khor Abdullah, bekas ketua jurulatih Melaka United dan Selangor, Zainal Abidin Hassan, jurulatih Sarawak United, E Elavarasan, Wan Rohaimi Wan Ismail, Firdaus Tan Abdul Aziz, Wan Mustafa Wan Ismail dan Ismail Ibrahim.

Sebelum itu, Kim Pan Gon telah dilantik oleh FAM selaku pengendali baharu Harimau Malaya setelah bekas jurulatih sebelum itu, Tan Cheng Hoe sah meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab atas aksi hambar yang dibawa beliau pada saingan Piala AFF 2020 tahun lalu di Singapura.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN