Hampir 6 Tahun Tersekat di Gol Ke-99, Pemain Ini Akhirnya Jaringkan Gol Ke-100

Percayakah anda, ada seorang pemain terpaksa menunggu 2113 hari untuk mendapatkan gol ke-100 untuk satu kelab?

Ya, penantian hampir 6 tahun amat menyeksakan.

Gol ke-99

Craig Mackail-Smith menjaringkan gol ke-99 untuk Peterborough ialah pada 29 Mei 2011. Inilah foto beliau meraikan gol ke-99 tersebut.

Ketika itu, beliau menjaringkan gol untuk membantu kelab itu menewaskan Huddersfield dalam final play-off League One 2010-11.

Peterborough naik ke Championship dek kejayaan itu.

Namun, pada awal musim 2011-12, beliau berhijrah ke Brighton & Hove Albion dengan yuran 2.5 juta pound. 4 musim beliau bersama Seagulls meskipun dipinjamkan sebentar kepada kelab lamaya itu pada penghujung 2014.

Pinjaman yang pahit

Sesi pinjaman ke Peterborough itu menyaksikan beliau tidak dapat menjaringkan sebarang gol.

Beliau dipanggil pulang ke Brighton untuk menghadapi baki musim 2014-15. Akhirnya beliau dilepaskan secara percuma pada penghujung musim tersebut.

Kemudian Luton memberikan peluang percubaan kepada Craig sebelum musim 2015-16 bermula. Kelab itu akhirnya menandatangani Craig.

Dek kecederaan serius dialami dan kesukaran menembusi kesebelasan utama, Craig dipinjamkan kali kedua untuk Peterborough.

Umpama irama dengan lagu

Akhirnya, pada awal Februari, Craig kembali ke Peterborough.

Pada perlawanan League One antara Peterborough menentang Oxford United, beliau diturunkan. Oxford United mendahului 2 gol tanpa balas sehingga minit-minit akhir permainan.

Namun, Craig menjaringkan gol saguhati untuk Peterborough. Gol itu sangat bermakna kerana itulah gol ke-100 daripadanya untuk Peterborough.

Barangkali, hatinya masih ada pada Posh! Mungkin penyokong pun menyenanginya.

Craig menghadiahkan jersi yang dipakai semasa menjaringkan gol itu kepada seorang peminat.

 

Bukan senang untuk mengejar rekod seumpama ini kan? Mungkin ia kepuasan untuk seseorang pemain untuk menempa nama sebagai legenda atau hero yang dikenang.

Tapi, adakah pertandingan bola sepak di negara ini mempunyai data atau statistik sebegini rupa? Susah nak cakap.

Baca juga: Shah Alam Antlers 3-0 Level Up: Klang Valley Super League (Matchday 13)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN