Hamidin:”Sokongan TMJ Antara Faktor Pemain Bersemangat Menentang Lubnan”

Dato’ Hamidin Mohd Amin bangga dengan semangat juang Harimau Malaya ketika menentang Lubnan. Malaysia tewas tipis 2-1 dalam perlawana tersebut. Banyak perubahan positif yang ditunjukkan oleh skuad Malaysia.

Beliau juga mendedahkan yang TMJ terus menyokong Harimau Malaya seperti mana yang baginda lakukan sebelum ini walaupun baginda bukan lagi Presiden FAM. Dato Hamidin berkata:

“Saya berasa cukup positif dengan persembahan yang telah ditunjukkan para pemain skuad Harimau Malaya ketika bertemu Lebanon pada perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2019, malam tadi.”

“Biarpun kita kurang bernasib baik apabila dibolosi gol minit akhir dan tewas tipis 2-1.”

Beliau juga mendedahkan bagaiman bekas Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor menjadi antara individu yang menjadi pembakar semangat kepada Tan Cheng Hoe dan para pemain.

TMJ menghubungi kem Harimau Malaya dan berjanji akan terus berada di belakang mereka.

“Untuk pengetahuan semua, persembahan bertenaga anak buah Tan Cheng Hoe itu tadi salah satu faktornya adalah kerana sokongan padu daripada Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang berjanji untuk terus berdiri teguh di belakang skuad Harimau Malaya.”

“Tunku Ismail telah menghubungi saya di Beirut ini pada sebelah pagi dengan baginda berjanji untuk memberikan bonus kepada pasukan jika berjaya mencatat kemenangan.”

“Dan segala titah baginda itu serta kata-kata semangatnya telah saya sampaikan kepada para pemain ketika sesi makan tengah hari.”

Dato’ Hamidin yakin dengan sokongan daripada semua penyokong Malaysia serta TMJ, pasukan Malaysia akan mampu mengekalkan persembahan mereka ketika menentang Bhutan pada 1 April ini.

“Dengan sokongan berterusan daripada Tunku Ismail dan juga seluruh penyokong Harimau Malaya yang saya percaya turut mengikuti perlawanan tadi menerusi ‘live streaming’, saya yakin skuad Harimau Malaya akan mengulangi persembahan bertenaga ini apabila kita bertemu Bhutan pada perlawanan persahabatan antarabangsa “A” di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad ini.”

“Sekali gus mampu untuk menamatkan kemarau panjang tanpa kemenangan. Insya-Allah.”

Sebagai rekod Malaysia sudah tidak menang dalam kalendar antarabangsa sejak 20 November 2016.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN