Hamidin Minta Penyokong Bersabar Isu Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sebelum ini telah mengumumkan Mario Gomez sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu.

Bagaimanapun, niat FAM itu terpaksa dibatalkan apabila gagal mencapai persetujuan berkenaan isu gaji dengan pengendali dari Argentina itu.

Setiausaha Agung FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin memohon penyokong skuad kebangsaan Harimau Malaya bersabar.

Ambil Kira Faktor

Petang semalam, Setiausaha Agung FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin memohon agar penyokong skuad kebangsaan Harimau Malaya supaya bersabar menunggu perlantikan ketua jurulatih yang baharu.

Proses pengambilan ketua jurulatih Harimau Malaya perlu mengambil kira faktor seperti gaji yang dipinta, kesesuaian melatih pasukan kebangsaan dan juga kelayakkan.

“Pada masa ini, begitu ramai yang bertanya di mana jurulatih kebangsaan. Anda perlu tahu, Presiden yang ada sekarang ini sedang menguruskan organisasi yang diambil dari pengurusan yang lama.”

“Di mana dana yang berbaki sedia ada hanya sedikit sahaja ditinggalkan.”

“Jika hendak memilih jurulatih, bukan sahaja kita perlu cari jurulatih yang mempunyai latar belakang yang bagus tetapi juga yang boleh terima tawaran daripada kita.” Jelas Hamidin dalam kenyataan tersebut.”

Setiausaha Agung itu turut memaklumkan kantung FAM tidak mampu untuk mendapatkan pengendali yang meminta gajitinggi kerana keadaan kewangan FAM yang tidak mengizinkan.

TMJ mengetuai barisan kepimpinan FAM yang baru.

Presiden FAM Perlu Teliti

Keadaan dana yang kekurangan turut membuatkan Presiden FAM, TMJ menambah dana sedia ada menggunakan duit daripada poket baginda sendiri.

Untuk mengelakkan mengambil jurulatih yang tida sesuai, FAM terpaksa melakukan penelitian terhadap calon-calon sedia ada.

Sebarang penamatan kontrak jurulatih akan membabitkan perbelanjaan yang tidak perlu dan menyebabkan pembaziran.

Hamidin turut menegaskan usaha FAM ialah untuk mendapatkan jurulatih yang boleh bekerja untuk tempoh jangka masa panjang bersama skuad Harimau Malaya.

Mario Gomez / JDT – Kredit gambar : asiana.my

“Buat masa ini sudah ada satu calon daripada Portugal, dan ada lagi satu calon yang akan berjumpa dengan DYAM Tunku Presiden beberapa hari lagi.”

“Dan baginda juga tidak mahu bercakap banyak kepada pihak media kerana perkara ini masih dirahsiakan. Kita hanya boleh kongsikan dengan pihak media selepas perkara ini telah disahkan.” jelas kenyataan itu lagi.

Sehinga ke hari ini, siapa yang akan menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya masih menjadi tanda tanya.

Ternyata FAM amat berhati-hati dalam setiap langkah mereka kali ini untuk mengelakkan sayu lagi saga dan kekeliruan muncul ketika pengumuman Mario Gomez.

Datuk Ong Kim Swee kendali kuad Bawah-23 negara.

FAM Pinta Sabar

Kebelakangan ini, sering kelihatan komen-komen peminat yang membidas kelewatan badan induk bola sepak negara itu melantik ketua jurulatih yang baharu untuk skuad Harimau Malaya.

Pengendali sebelum ini, Datuk Ong Kim Swee telah diarahkan untuk mengendalikan skuad kebangsaan Bawah-23, dalam rangka persiapan untuk menghadapi cabaran Sukan SEA pada tahun ini.

“Oleh itu bersabarlah, janganlah cepat sangat melenting. Kita perlu mendapatkan jurulatih untuk persatuan yang tidak ada duit dan DYAM Tunku Presiden sendiri membantu dengan menggunakan duitnya sendiri.”

“Jadi silalah faham dan tunjukkan sikap profesional sedikit.” kata beliau menutup kenyataan berkenaan.

Untuk pengetahuan semua, ranking pasukan Malaysia jatuh 1 anak tangga kepada 158 dunia.

Baca juga: FAM Hukum 5 Pemain Bermasalah Disiplin, Dan 2 Pasukan Gagal Lunaskan Gaji

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN