Hamidin Nafi Ada ‘Tangan Ghaib’ Ganggu Harimau Malaya

Kebelakangan ini, isu tangan ghaib membabitkan pasukan bola sepak Malaysia semakin kerap dipertikaikan dalam segelintir penyokong setia Harimau Malaya.

Segala spekulasi itu bermula selepas pasukan kebangsaan mencipta dua kekalahan berturut-turut ketika aksi peringkat Kumpulan E dalam saingan Piala Asia 2023.

Kononnya kekalahan itu berlaku selepas ada yang mengganggu persiapan skuad kebangsaan daripada segi pemilihan pemain ke Qatar serta senarai kesebelasan utama dalam perlawanan.

Walaupun begitu, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin tampil membuat kenyataan semula dengan menafikan wujudnya tangan ghaib atau campur tangan orang luar bersama pasukan kebangsaan.

Selain itu, isu pemilihan Kim Pan-gon selaku pemain Harimau Malaya yang dipilih untuk ke saingan Piala Asia 2023 juga turut menjadi pertikaian antara kalangan penyokong.

Malah, Hamidin juga menyatakan segala keputusan dibuat jurulatih adalah daripada hasil perbincangan dengan turut membabitkan beliau selaku presiden FAM sebelum dimuktamadkan segalanya.

“Saya nak jelaskan, selepas berbincang dengan jurulatih lain kemudian senarai akhir dimuktamadkan dengan saya sebagai Presiden…yang lain tak ada.

“Jadi saya berasa ini bukan isu, beberapa kemenangan dalam dua tahun ini tak ada pula yang kata ada campur tangan dan kita naik sampai ranking 130. Saya bincang dengan sebahagian penyokong pun mereka faham.

“Jadi saya tak setuju (dakwaan ada tangan ghaib), kerana kami yang memastikan apa yang Pan-gon nak. Sama ada siapa pun kita, memang kita nak bola sepak kita naik dan pergi lebih jauh.

“Natxo itu daripada dua tahun lalu lagi Pan-gon mahukan, tetapi sebelum ini Natxo mengalami kecederaan dan hanya ini (Piala Asia) masa yang dapat (guna Natxo).

“Habis perlawanan sampai sekarang dia cakap, Natxo kalau tak cedera dia akan bawa. Itu saya nak katakan dua tahun menang tak ada cerita tangan ghaib,” kata Hamidin menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Hamidin turut menyifatkan faktor mereka tidak bernasib baik sebagai antara punca kenapa Malaysia gagal tampil lebih positif pada aksi bertemu Jordan serta Bahrain.

“Bagi saya, pemain menunjukkan permainan yang bagus lawan Bahrain, tapi kita tak ada rezeki. Macam saya katakan lawan Kyrgyzstan kita patut kalah tapi dengan rezeki kita menang pada saat akhir.

“Ini pun terjadi kepada kita semasa menentang Bahrain. Jadi kita kena redah dengan takdir, ini bukan sebab Natxo atau pemain, saya tak percaya dengan itu semua,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN