Hamidin: Kecederaan, Tarik Diri Punca FAM Hanya Bawa 24 Pemain Ke Piala AFF 2020

Hamidin FAM 2

Hampir sebulan selepas ‘peristiwa hitam’ skuad Harimau Malaya diaibkan di pentas Piala AFF Suzuki 2020, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya ‘keluar gua’ untuk menjawab beberapa kritikan terhadapnya.

Antara isu yang menjadi perhatian adalah mengenai keputusan membawa hanya 24 orang pemain ke Singapura walaupun pihak penganjurkan membenarkan setiap pasukan menyenaraikan sehingga 30 orang.

Dalam temubualnya bersama Majoriti, Hamidin menjelaskan pada 17 November pihaknya telah mengumumkan nama 28 pemain untuk latihan pusat dengan tiga yang lain diletakkan dalam senarai menunggu.

Kemudian tarikh tutup pendaftaran pemain telah ditetapkan seminggu selepas tarikh tersebut iaitu pada 24 November sebagai senarai akhir pemain yang akan dibenarkan masuk ke Singapura.

Lalu daripada senarai tersebut FAM telah pun melengkapkan senarai akhir 30 pemain dengan mengetepikan Rodney Calvin dan Hakimi Abdullah, kemudian menambah seorang pemain iaitu Arif Aiman Hanapi.

Senarai penuh adalah seperti berikut:-

Penjaga gol:

Khairul Fahmi Che Mat, Khairulazhan Khalid, Kalamullah Hafiz Mat Rowi, Azri Ghani.

Pertahanan:

Putera Nadher@Junior Eldstal, Aidil Zafuan Abd Radzak, Shahrul Saad, Rizal Ghazali, Syahmi Safari, Dominic Tan Jun Jin, Dion Johan Cools, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Quentin Cheng, Arif Fadzilah.

Tengah

Baddrol Bakhtiar, Akram Mahinan, Faisal Halim, R. Kogileswaran, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad, Kenny Pallraj, Mukhairi Ajmal, Fayyadh Zulkifli.

Penyerang

Guilherme de Paula, Mohamadou Sumareh, Luqman Hakim Shamsudin, Arif Aiman Hanapi, Safawi Rasid, Shahrel Fikri, Darren Lok.

“Dalam keadaan Piala Malaysia sedang rancak menuju ke penghujung, pihak pengurusan pasukan kebangsaan menyenaraikan pemain mengikut tarikh pendaftaran AFF dan kerajaan Singapura walaupun menyedari berdepan risiko kecederaan terhadap pemain,” ujar Hamidin.

“MFL mengatur jadual selepas mengambil kira beberapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta memenuhi keperluan rakan penaja untuk pulangan atas pelaburan.

“Jadual Piala AFF Suzuki pula asalnya diadakan pada Mac, ditangguhkan kepada Jun, kemudian Ogos dan akhirnya Disember. Ini menjejaskan perancangan jadual liga.

Namun hanya beberapa hari sebelum skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu berlepas, empat pemain mengalami kecederaan iaitu Darren Lok, Akram Mahinan, Kenny Pallraj dan Azri Ghani. Manakala pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh menarik diri atas alasan masalah keluarga.

Selepas ditolak lima pemain berkenaan, hanya 25 pemain yang tinggal dalam senarai, tetapi Hamidin mendakwa ketua jurulatih Tan Cheng Hoe mengambil keputusan untuk membawa 24 pemain sahaja dengan Fayyadh Zulkifli digugurkan kerana pemain di posisi sayap sudah mencukupi.

“Pemain yang didaftarkan melepasi tarikh pendaftaran (jika ia turut dilakukan oleh FAM) berdepan risiko dilarang memasuki Singapura,” tambahnya lagi.

“Sebagai contoh, pemain Vietnam, Do Hung Vunh, dihantar pulang kerana namanya hanya didaftarkan pada 29 November 2021, lima hari selepas tarikh tutup pendaftaran.

“Berikutan berlakunya kes Covid-19 dalam kem pasukan negara selepas tiba di Singapura, FAM memohon penganjur untuk menyenaraikan Samuel Somerville sebagai pengganti Khairulazhan Khalid yang menjalani kuarantin 10 hari akibat kontak rapat tetapi akhirnya pengurusan memutuskan mengekalkan Khairulazhan dalam skuad.”

Walaupun dianggap lewat, penjelasan Hamidin ini mungkin sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan yang telah berlegar sejak lebih sebulan yang lalu.

18 Hari Selepas Malaysia Diaibkan Di Piala AFF 2020, Presiden FAM Tidak Seharusnya ‘Menghilangkan Diri’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN