Piala AFF 2020: Hanya Bawa 24 Pemain, Adakah Malaysia Tempah Bala Sendiri?

Tan Cheng Hoe

Saya gusar ketika melihat hanya 24 pemain sahaja yang berada di dalam senarai akhir oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, pada 3 Disember yang lalu.

Penyokong mula mempersoalkan hal ini sejak 17 November lagi, iaitu ketika senarai 28 pemain ke kem latihan pusat skuad kebangsaan Piala AFF 2020.

Tidak patut dengan senarai akhir yang boleh didaftarkan, Harimau Malaya hanya menyenaraikan 28 pemain dan akhirnya hanya menyenaraikan hanya 24 pemain sambil tolak Dion Cools yang tiba lewat di Singapura maka jadilah 23.

Dengan keadaan pandemik yang masih lagi berpanjangan, ia masih menjadi persoalan walau selepas tiga perlawanan peringkat kumpulan telahpun berlangsung.

Kita telah pun kekurangan kekuatan di barisan pertahanan disebabkan ketiadaan Matt Davies yang dikhabarkan menjalankan pembedahan di Jerman serta La-Vere Corbin Ong, pemain warisan negara yang berehat selepas menghadapi cuti yang panjang.

Mohamadou Sumareh, pemain naturalisasi pertama negara pula pulang kembali ke Zambia atas urusan yang tidak dapat dielakkan.

Ketiadaan tiga pemain utama ini sepatutnya segera diisi oleh beberapa pemain tempatan yang lebih menyinar.

Dua perlawanan pertama ternyata selesa buat Harimau Malaya apabila menang 3-1 ke atas Kemboja dan menang 4-0 ke atas Laos.

Namun begitu, Park Hang-seo, ketua jurulatih Vietnam tetap merasakan Malaysia bukan lawan utama apabila dia lebih memilih untuk mengintai permainan Indonesia dan hanya menghantar pembantunya untuk melihat permainan Malaysia.

Perang saraf Hang-seo ternyata berjaya dengan meletakkan Malaysia lawan yang kurang mengancam berbanding Indonesia.

Malaysia bukan sahaja gagal bermain baik, malah longlai ketika menyerang dan tiga kali terkulai ketika bertahan. Cheng Hoe mengekalkan barisan kesebelasan utama yang sama selepas tiga hari berehat menentang Laos namun Vietnam telahpun berehat hampir seminggu.

Secara taktikal, perlawanan tempoh hari tidak perlu diulas, namun keadaan skuad negara yang seolah-olah menempah bala sendiri, dan ianya tunggu masa sahaja untuk datang.

Tempoh enam hari rehat sebelum perlawanan menentang Indonesia pada 19 Disember ini harus digunakan sebaiknya.

Faisal Halim & Khairul Azhan yang dikhabarkan telah pulih dari jangkitan COVID-19 juga diharapkan boleh bermain untuk perlawanan menentang Indonesia disamping kita mengharapkan Indonesia tidak cukup rehat kerana mereka perlu bermain menentang Vietnam pada 15 Disember ini.

Adakah tragedi Piala AFF 2016 bakal berulang? Atau kekusutan yang sedang berlaku akan berakhir dengan kejayaan seperti yang berlaku pada edisi 2010? Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk skuad kebangsaan Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN