Satu lagi hari yang akan diingati oleh penyokong Iceland dalam sejarah bola sepak mereka. Ini selepas pasukan negara berpopulasi 330,000 ini mengikat pasukan gergasi Argentina.
https://twitter.com/OhMyGoal_US/status/1007993878438469632
Pertarungan di antara Argentina dan Iceland pastinya ada aura tersendiri. Ini adalah perlawanan pertama Iceland dalam Piala Dunia. Argentina pula memiliki ramai nama besar dalam bola sepak dunia.
Argentina seperti dijangka mendominasi perlawanan dan mendahului pada mint ke-20 menerusi Sergio Aguero yang mengambil kesempatan di sebalik keadaan kucar kacir di hadapan gol. Ini adalah gol sulung beliau dalam Piala Dunia.
Halldorson kemudian melakukan aksi menyelamat selepas diuji oleh percubaan lencong oleh Messi.
Argentina disentak dengan gol penyamaan oleh Iceland. Ianya berpunca daripada keadaan panik di dalam kawasan gol Argentina.
Gylfi Sigurdsson melakukan hantaran lintang rendah dan gagal diselamatkan dengan kemas oleh Caballero. Bola singgah di hadapan Finnbogason yang tenang menyempurnakannya dari jarak dekat.
Itu adalah gol pertama Iceland dalam sejarah Piala Dunia.
Argentina menggandakan asakan dan Iceland dipaksa bertahan di kawasan paling bawah di kawasan sendiri. Minit ke-44, 2 kali Gylfi Sigurdsson hampir meletakkan Iceland di hadapan.
Percubaan pertama beliau ditepis Caballero namun tiada tindakan susulan. Percubaan kedua adalah half volley. Separuh masa pertama berakhir 1-1.
Bermula separuh masa kedua, Iceland mencipta peluang menerusi Gylfi Sigurdsson namun dihadang oleh Otamendi. Argentina mengeluarkan Biglia dan memasukkan Ever Banega.
Argentina terus mengasak namun Iceland berjaya mengeluarkan banyak hantaran ke dalam kotak penalti.
Argentina diberikan penalti selepas Aguero dijatuhkan oleh Magnusson. Namun sepakan penalti Messi agak mengecewakan.
2 – The last two penalties taken by an Argentinian player in a World Cup game did not result in a goal (Ortega v Sweden in 2002, Messi v Iceland in 2018). Curse.
— OptaJohan (@OptaJohan) June 16, 2018
Messi kini telah mencatatkan 4 penalti gagal daripada 7 penalti terakhir untuk Argentina dan Barcelona. Ratio penalti tepat Messi adalah 57%.
Secara keseluruhan Messi sudah gagal melakukan 24 daripada 79 penalti dalam karier beliau.
Messi kemudian melakukan sepakan percuma yang tersasar. Minit ke-80, Messi melakukan percubaan lencong yang hampir menerjah gawang. 5 minit kemudian Halldorsson sekali lagi menyelamatkan gawang beliau apabila percubaan Pavon menuju ke far post.
Mascherano melakukan percubaan jarak jauh yang terus ke dakapan Halldorsson. Messi mencuba lagi pada masa kecederaan tetapi gagal.
Iceland memastikan 1 mata berharga apabila pengadil meniup wisel penamat. Perlawanan berakhir 1-1. Kejutan!