Rating Argentina vs Iceland, Halldorsson Terbaik, Di Maria Mengecewakan

Argentina dikejutkan oleh Iceland dengan keputusan seri 1-1 pada perlawanan pembukaan.

Argentina

Willy Caballero – 5.5

Bukan hari yang baik untuk beliau. Penjaga gol simpanan Chelsea ini melakukan beberapa ‘handling’ lemah. Salah satu daripadanya mencetuskan gol.

Nicolás Tagliafico – 5.5

Juga tidak beraksi baik pada hari ini. Cuma kurang ancaman daripada pasukan lawan

Otamendi – 7 

Beliau bermain baik pada hari ini. Banyak menjadi pemain tambahan di tengah dan zon serangan apabila perlu

Rojo – 7

Juga beraksi agak baik untuk berhadapan dengan pemain-pemain Iceland yang agak fizikal

Salvio – 6.5

Beliau beraksi agak baik dengan banyak membantu serangan serta cuba mencipta peluang gol.

Lucas Biglia – 6

Banyak kali hilang bola dan teragak-agak dalam membuat keputusan

Mascherano – 7

Beliau pemain tengah terbaik Argentina pada hari ini. Cuba mengawal tempo perlawanan di tengah. Namun kurang hantaran kunci.

Angel Di Maria – 5.5

Banyak sangat hantaran lintang beliau lemah dan gagal.  Beliau juga tidak mencatatkan sebarang gelecekan yang berjaya.

Maximiliano Meza – 7 

Satu debut yang baik untuk pemain ini dalam Piala Dunia. Beliau sentiasa rajin turun naik dalam padang. Berjaya memenangi 3 duels walaupun banyak kali dikasari.

Lionel Messi – 7.5

Beliau pemain paling banyak melakukan percubaan ke arah gol dengan 10. Namun gagal menerjah gawang termasuk 1 penalti gagal. Messi menjadi pemain paling banyak terlibat dalam gerakan dan paling berkeinginan untuk menang. Namun bukan hari beliau.

Aguero – 6

Selepas gol pembukaan, beliau terus kurang impak dalam perlawanan. Hanya melakukan 1 percubaan tepat.

Pemain gantian

Ever Banega – 7

Jauh lebih baik daripada Lucas Biglia dalam perlawanan ini. Memberikan tekanan dan lebih tenang dengan bola di kaki.

Christian Pavon – 6.5

Juga lebih baik daripada Angel Di Maria dari segi ancaman di kawasan serangan pada hari ini. Hampir menjaringkan gol kemenangan.

Higuain – N/A

Iceland

Halldorsson – 9

Berhadapan dengan 9 percubaan tepat. Beliau hanya bolos 1 daripada situasi yang memang sukar diselamatkan. Beliau turut menyelamatkan penalti Lionel Messi. Pemain terbaik pilihan kami.

Saevarsson – 7.5

Beliau membuatkan Angel Di Maria kelu tidak terkata hari ini. Melakukan 7 ‘clearance’ dan melakukan 100% hantaran tepat daripada 11.

Arnason – 7.5

Berjaya memenangi 8 pertarungan duel pada hari ini dan 8 clerances. Beliau sangat fizikal dan menyukarkan Aguero dan rakan-rakan.

Ragnar Sigurdsson – 7

Beliau berdisiplin bergandingan dengan Arnason untuk menutup ruang di tengah terutama sekali laluan Lionel Messi.

Magnusson – 7

Secara keseluruhannya cemerlang. Cuma ‘dosa’ beliau adalah memberikan penalti kepada lawan. Namun ianya tidak dihukum oleh Messi.

Gudmundsson – 6

Banyak membantu meneutralkan ancaman daripada kanan pasukan mereka.

Gunnarsson – 7

Jeneral di tengah padang untuk Iceland. Komited melindungi bek berempat pasukan.

Gylfi Sigurdsson – 7

Beliau sekali lagi efektif memberikan impak dalam keadaan pasukan mereka kurang bola di kaki. Mencetuskan gol penyamaan pasukan dengan satu hantaran bola rendah yang deras. Beliau turut banyak melakukan aksi bertahan.

Hallfredsson – 6

Bemain dengan direct cuba mematikan ancaman lawan secepat dan seagresif mungkin.

Bjarnason – 5.5

Tidak banyak impak dan purata ketepatan hantaran yang sangat rendah dalam perlawanan ini.

Finnbogason – 6.5

Wajar diberikan penghargaan kerana menyamakan kedudukan pada keadaan pasukan mereka kurang peluang gol.

Pemain gantian

Skulasson – 5.5

Agak gugup ketika bertahan dan mudah ditewaskan oleh pemain lawan.

Gislasson – 6

Kemasukan beliau memperbaiki kualiti hantaran di tengah untuk Iceland. Mungkin boleh dipertimbangkan untuk kesebelasan utama selepas ini.

Bjorn Sigurdasson – N/A

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN