Penjaga gol Iceland, Hannes Halldorsson mendedahkan yang beliau sudah mempersiapkan diri secara mental untuk memahami apa yang berada di dalam minda Lionel Messi.
Beliau melakukan beberapa kajian dan cuba memahami cara pemikiran Messi dalam situasi sepakan penalti.
Sebelum ini kami ada mendedahkan satu kajian di mana di Eropah ada satu model untuk mereka menganalisis gerak-geri dan bahasa tubuh pemain ketika melakukan penalti.
Anda boleh baca di sini: Kajian Ini Percaya Ini Adalah Kaedah Digunakan Penjaga Gol Mengekang Penalti
Halldorson menyelamatkan penalti Messi pada minit ke-63. Beliau berjaya mengagak sepakan Lionel Messi akan pergi ke sebelah kanan beliau. Beliau berkata:
“Saya sudah melakukan banyak kajian tentang Messi dan tahu perkara seperti ini akan berlaku.”
“Saya telah menonton banyak sekali penalti Lionel Messi dan saya memerhatikan perwatakan beliau dalam melakukan beberapa penalti terakhir.”
“Saya cuba membaca mindanya dan cuba mempengaruhi supaya dia juga memikirkan apa yang saya sedang fikir untuk lakukan. Dan saya yakin hari ini dia akan pergi ke arah ini.”
Halldorsson gembira dengan kejayaan mengikat Argentina. Bagi negara kecil seperti mereka ia ibarat satu kemenangan. Sebelum ini mereka pernah menyingkirkan England di suku akhir Euro 2016.
Beliau yakin keputusan ini akan memberikan motivasi positif kepada mereka untuk perlawanan akan datang.
“Kami bermain menentang salah sebuah pasukan di terbaik di dunia yang turut memiliki pemain terbaik di dunia.”
“Ianya sangat penting untuk kami mendapat mata untuk membantu kami dalam usaha mahu mencapai misi kami melepasi peringkat kumpulan.”