Denmark Atasi Peru Dalam Pertarungan Sengit

Ini adalah salah satu perlawanan berkualiti dalam Piala Dunia kali ini. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan kualiti teknikal yang baik, turut diselit dengan drama penalti dan VAR.

Peru pasti kecewa kerana pengadil tidak memberikan peluang untuk mereka melakukan lontaran ke dalam yang terakhir pada masa kecederaan. Mereka sudah mencuba segalanya untuk menyamakan kedudukan.

Perlawanan ini penuh dengan intensiti daripada awal sehingga ke akhir. Tiada seorang pun pemain di dalam padang boleh mengular.

Kedua-dua pasukan berhak untuk menang perlawanan ini. Namun perbezaan dalam perlawanan ini ditentukan oleh ketajaman depan gol.

Peru banyak mempersia-siakan peluang di hadapan gol. Kredit juga kepada aksi cemerlang penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel.

Peru diberikan sepakan penalti selepas pengadilan VAR. Namun Cuevas gagal menyempurnakannya. Peru mendapat peluang keemasan daripada situasi di hadapan gol tetapi Flores gagal menyempurnakannya.

Gol kemenangan Denmark dijaringkan penyerang sensasi RB Leipzig, Yussuf Yurary Poulsen pada minit ke-58 hasil umpanan daripada Christian Eriksen.

Peru memasukkan penjaring terbanyak sepanjang zaman mereka, Guererro. Beliau memberikan impak dalam perlawanan ini. Back heel beliau hampir menghasilkan gol.

Peru mencipta beberapa peluang lagi. Farfan turut terlepas peluang menjaringkan gol.

Denmark turut melancarkan beberapa serangan balas namun penjaga gol Peru, Gallese turut cemerlang.

Denmark dipaksa bertahan terutama sekali pada 20 minit terakhir. Mereka berjaya memastikan 3 mata milik mereka untuk pusingan pertama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN