Legenda terhebat sepanjang zaman dalam dunia bola sepak, Pele telah meninggal dunia di usia 82 tahun selepas beliau sekian lama menderita penyakit kanser.
Walau semua orang sebenarnya sudah bersedia untuk mendengar berita ini sejak beberapa hari kebelakangan ini, namun sebaik mendengar mendiang sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir, dunia bola sepak terus berduka.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, peminat sudah tahu yang Pele sedang berada dalam keadaan nazak dan bila-bila masa sahaja beliau boleh berehat untuk selama-lamanya.
Everything you see any player doing, Pelé did it first. RIP ⚽️🤴🏿 pic.twitter.com/SeW0z1hQTm
— Erling Haaland (@ErlingHaaland) December 29, 2022
Hari ini beliau sah sudah meninggal dunia dan berita pemergian beliau menggelapkan dunia bola sepak.
Sama seperti Muhammad Ali, Pele juga merupakan antara tokoh sukan yang disanjung dan dianggap sebagai yang terhebat sepanjang zaman dalam dunia sukan yang beliau ceburi.
Legenda terhebat sepanjang zaman itu menjadikan bola sepak semakin menarik selepas mendiang memperkenalkan corak permainan ‘Jogo Bonito’.
Beliau berjaya menjadikan bola sepak sebagai sukan yang sangat menarik untuk ditonton dek kerana mendiang sering mempamerkan skill dan aksi-aksi yang sungguh luar biasa menakjubkan.
“Pele dah ubah segalanya.”
Brazilian legend Pelé has passed away at 82, one of the greatest of all time who changed the game.
A man with a god-given talent, one of the names who will remain forever in the memory.
All thoughts with the family.
RIP, legend 🕊️ pic.twitter.com/xxndio7gmM
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 29, 2022
Jelas Neymar ketika memberi penghormatan terakhir kepada legenda terhebat sepanjang zaman negaranya itu.
“Dia ubah bola sepak menjadi satu seni, menjadi hiburan, dia jadi suara kepada orang miskin, kepada orang berkulit hitam dan paling penting, dia buatkan Brazil itu nampak wujud.”
Apa yang sebenarnya menjadikan Pele sebagai individu paling dasyat dalam dunia bola sepak
Ketika berusia 17 tahun pada tahun 1958, Pele mula memperkenalkan namanya sebagai antara calon pemain terhebat dunia pada ketika itu.
Pele ketika itu menjadi pemain termuda yang beraksi di pentas Piala Dunia dan beliau juga turut menjaringkan banyak gol di kejohanan Piala dunia 1958.
Brazilian soccer legend Pelé, winner of record 3 World Cups and standard-bearer for ‘the beautiful game,’ has died at 82 years old. RIP 🙏🕊😔 pic.twitter.com/RbVAkNHcC5
— Daily Loud (@DailyLoud) December 29, 2022
Empat tahun berikutnya, mendiang sekali lagi menjadi individu penting yang membawa Brazil untuk muncul juara Piala Dunia pada tahun 1962.
Pele gagal untuk membantu Brazil menjuarai saingan Piala Dunia pada tahun 1966 dengan beliau ketika itu turut sempat mahu bersara kerana tidak tahan menjadi mangsa kekerasan pemain-pemain pertahanan lawan.
Namun begitu, dek kerana cintanya mendiang kepada bola sepak Brazil, mendiang kembali beraksi di pentas Piala Dunia 1970 dan turut cemerlang membantu negaranya menjuarai pertandingan tersebut.
Kejayaan mendiang membantu Brazil menjuarai 3 Piala Dunia menjadikan beliau sebagai satu-satunya pemain di dunia ini yang berjaya melakukan hal tersebut.
Worth a couple of minutes of anyone’s time. The footballing genius that is Pele. 🙌🏻 https://t.co/ffJqzuVDQs
— Gary Lineker (@GaryLineker) December 30, 2022
Peminat sekarang mungkin akan anggap Pele mampu memikul Brazil pada ketika itu kerana tiada pemain pertahanan hebat seperti yang kita lihat sejak beberapa dekad kebelakangan ini.
Atas alasan sama juga ramai yang menolak Pele sebagai pemain terhebat sepanjang zaman dan menganggap Ronaldo dan Messi lebih layak kerana mereka berdepan pemain-pemain pertahanan yang lebih hebat.
Walau bagaimanapun, peminat mungkin tidak tahu atau tidak sedar, ketika zaman Pele, peraturan di atas padang tidak seketat sekarang dan beliau berdepan masalah lebih besar di atas padang.
Terjahan-terjahan dari pemain lawan sebenarnya boleh segera mengakhiri kariernya dan ditambah pula mendiang seorang pemain yang licik, maka jelas sekali beliau lebih menjadi sasaran.
Thanks for everything. 🤍🕊️ #Pele pic.twitter.com/EItF8tGNWN
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 29, 2022
Pele berjaya menjaringkan 757 gol dari 812 perlawanan yang diiktiraf, namun terdapat sedikit perdebatan berkait jumlah sebenar gol yang berjaya beliau jaringkan.
Menurut laporan rasmi dari Persatuan Bola Sepak Brazil dan Kelab Bola Sepak Santos, Pele sebenarnya sudah berjaya menjaringkan 1283 gol dari 1281 perlawanan.
FIFA sementara itu mendakwa gol tersebut dicampur dengan perlawanan tak diiktiraf dengan Pele sebenarnya menjaringkan 1283 gol itu dari 1366 perlawanan.
Namun begitu, hal itu tidaklah begitu penting kerana statistik yang beliau catatkan sudah cukup untuk melayakkan mendiang menjadi pemain terhebat sepanjang zaman.
A video of Pele on the pitch show why many consider him to be the greatest ever 🐐
Sit back, relax and enjoy a master at work 🇧🇷pic.twitter.com/9TUiW5YxKs
— SPORTbible (@sportbible) December 30, 2022
Bukan hanya kerana gol, namun aksi beliau di atas padang juga turut tidak boleh dipandang enteng, dengan Neymar sendiri menegaskan yang Pele juga sebenarnya seorang artist di atas padang.
Bahkan walau beliau tidak menggunakan berus atau pen, tapi cukup dengan ada bola di kaki dia Pele sudah boleh dianggap sebagai artist di atas padang.
Menjadikan Brazil sebagai kuasa besar bola sepak
“Ketika kami tiba di Sweden, tak ada sesiapa tahu apa itu Brazil. Mereka tahu tentang Argentina dan Uruguay. Ia sebenarnya mengejutkan kami.”
Jelas Pele sendiri kepada CNN pada tahun 2016 yang lalu.
🗣Neymar on IG:
“Before Pelé, 10 was just a number. He turned football into art, into entertainment. Gave voice to the poor, blacks and gave visibility to Brazil. Soccer and Brazil have raised their status thanks to the King!
He's gone but his magic remains. Pelé is FOREVER!” pic.twitter.com/q61nIfG6Hd
— Sports Brief (@sportsbriefcom) December 30, 2022
Di usia 17 tahun dan tujuh bulan, Pele menjadi pemain termuda yang beraksi di pentas Piala Dunia dan itulah awal mula beliau mulai dikenali sebagai antara pemain terhebat pada ketika itu.
Selepas 15 tahun, Pele secara rasminya bersara dari bola sepak antarabangsa dan beliau jelas sekali telah meninggalkan legasi yang sungguh dasyat.
Kerana beliau lah Brazil dikenang sebagai kuasa besar dalam dunia bola sepak dan dek kerana menjadikan beliau idola dan ikutan lah Brazil melahirkan ramai pemain-pemain berbakat.
RIP Pele.
The first GOAT. pic.twitter.com/NXXiHmkuqU
— Barstool Sports (@barstoolsports) December 29, 2022
Ramai pemain-pemain di generasi selepas beliau yang menjadikan Pele sebagai ikutan dan mereka juga turut berjaya mengekalkan status Brazil itu sebagai antara kuasa besar dalam dunia bola sepak.
Kesetiaan dan cinta kepada bola sepak yang menakjubkan
Jelas sekali ramai tahu yang Pele setia kepada kelabnya, Santos dan beliau sememangnya sangat sayang kepada kelabnya dan kerana itulah mendiang tidak berhasrat untuk pergi ke kelab lain.
Pada tahun 2015 yang lalu, Pele sendiri pernah mengakui yang beliau menerima pelbagai tawaran dari kelab-kelab gergasi Eropah, namun kerana cintanya kepada Santos dan Brazil, mendiang memilih untuk kekal bersama kelabnya.
The footballing world pays tribute to Pele 👋🇧🇷❤️ pic.twitter.com/b8tAuozbVy
— LiveScore (@livescore) December 30, 2022
Banyak lagi sebenarnya hal yang menjadikan Pele sebagai individu terdasyat dalam dunia bola sepak dan mendiang berhak untuk dianggap sebagai yang terhebat sepanjang zaman.