10 Ungkapan Legenda Bola Sepak Yang Gambarkan Kehebatan Pele

Pele

Pada hari ini, bola sepak berduka selepas pemergian legenda bola sepak Brazil iaitu Pele selepas bertarung dengan masalah kesihatan setelah sekian lama.

Pele yang dianggap sebagai pemain terbaik sepanjang zaman dengan mempunyai rekod unggul memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali, meninggalkan dunia bola sepak dengan penuh duka.

Dalam siaran di Instagram rasmi Pele, berita duka ini mendapat liputan meluas daripada semua pihak.

“Sepanjang perjalanannya, Edson [nama sebenar Pele] telah menghidupkan dunia menerusi geniusnya dalam sukan, menghentikan peperangan, melakukan pelbagai kerja sosial di seluruh dunia dan menyebarkan apa yang beliau percaya adalah penawar kepada semua masalah: cinta.”

“Mesej beliau hari ini menjadi legasi untuk generasi akan datang,” tulis di Instagram beliau.

Menjadi pemain yang dianggap sebagai terhandal sepanjang zaman, ianya terlalu sukar untuk dinafikan kehebatan Pele.

Beliau dianggap sebagai pemain yang “melakukan semuanya dahulu sebelum pemain lain melakukannya.”

Malah, beliau diakui oleh kawan dan lawan mengenai kehebatannya ketika era bermain. Bahkan, kehebatannya turut diakui oleh bintang generasi baharu.

Sebagai mengenang pemergian legenda bola sepak sejagat ini, kami senaraikan 10 ungkapan daripada kawan dan lawan Pele diatas padang mengenai kehandalan beliau yang tidak tercabar:

“Beliau adalah pemain yang paling lengkap pernah saya lihat.” – Franz Beckenbauer, legenda Jerman

“Jika anda ambil kualiti yang ada pada Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, gabungkan mereka bersama, barulah anda ada pemain yang boleh dibandingkan dengan Pele.” – Tostao, alumni skuad Piala Dunia 1970 Brazil

“Pemain terhebat dalam sejarah adalah Alfredo Di Stefano. Saya tak mahu senaraikan Pele kerana beliau lebih atas daripada itu.” – Ferenc Puskas, legenda Hungary

“Hanya Pele sahaja pemain yang mampu mengatasi sempadan logik akal.” – Johan Cryuff, pemenang Ballon d’Or tiga kali

“Pele adalah pemain paling lengkap yang pernah saya lihat. [Mempunyai] dua kaki yang baik.  Magis di udara. Pantas. Berkuasa. Boleh tewaskan pemain lawan dengan skil. Boleh memecut laju meninggalkan lawan. Hanya berketinggian 5 kaki 8 inci, tapi seperti seorang gergasi di atas padang. Sempurna dari segi keseimbangan dan mempunyai visi yang luar biasa.” -Booby Moore, kapten skuad Piala Dunia 1966 England

“Kita ada Pele si pemain, dan Pele seorang manusia. Dan untuk bermain seperti Pele ibarat bermain seperti dewa.” – Michel Platini, pemenang tiga kali Ballon d’Or.

“Pemain terhebat sepanjang zaman? Pele. Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kedua-duanya adalah pemain yang mempunyai kualiti yang hebat dalam beberapa kategori, tetapi Pele adalah lebih baik.” – Alfredo Di Stefano, legenda Real Madrid.

“Apabila melihat Pele beraksi, saya berasakan yang saya perlu bersara.” – Just Fontaine, legenda Perancis.

“Saya cakap dengan diri sendiri sebelum perlawanan bermula, beliau diciptakan dari tulang dan kulit sama seperti orang lain – ternyata saya salah.” – Tarcisio Burgnich, penjaga gol Itali sebelum aksi akhir Piala Dunia 1970 menentang Brazil

“Adakalanya saya rasa bola sepak diciptakan untuk pemain semagis beliau.” – Sir Bobby Charlton, legenda England

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN