Pau Marti Ambil Alih Sesi Latihan, KPG Ke Seberang Tambak ‘Skodeng’ Musuh

Pau Marti Faisal Halim Kim Pan-gon tiada latihan Malaysia Piala AFF 2022

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon gagal dikesan dalam sesi latihan pertama Harimau Malaya dan tempatnya diganti oleh Pau Marti.

Semalam merupakan hari pertama semua pemain kembali berlatih selepas perlawanan Selasa lalu. Walaupun kelibat pemain yang cedera, Khuzaimi Piee kelihatan, namun sesi latihan skuad negara diuruskan oleh Pau Marti.

Pau Marti yang berpengalaman di Barcelona itu merupakan penolong jurulatih kepada Kim yang dilantik bersama-sama sejak awal tahun lalu.

Dalam video terbaru yang dimuat naik oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di YouTube FAMTV, kelihatan sesi latihan berlangsung tanpanya.

Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam dalam aksi pada Selasa lalu di Stadium My Dinh yang menyaksikan kekalahan pertama di kempen Piala AFF.

Menerusi ciapan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Kim dikatakan tidak hadir untuk sesi latihan ini atas sebab ‘tugasan rasmi’.

Beliau dikatakan bertolak ke Kota Singa bagi menyaksikan perlawanan antara Singapura dan Vietnam yang berlangsung di Stadium Jalan Besar yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

Skuad Harimau Malaya kembali menjalani latihan. Turut kelihatan Khuzaimi Piee, namun tidak disertai jurulatih negara Kim Pan Gon yang difahamkan berada di Kota Singa,” ciap Zulhelmi di Twitter miliknya petang semalam.

Ini menunjukkan beliau mengambil serius pertembungan dengan musuh di Seberang Tambak itu yang mana Malaysia wajib merekodkan kemenangan bagi mendapatkan tiket untuk ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2022.

Malaysia memerlukan kemenangan disebabkan Singapura dan Vietnam terikat seri tanpa jaringan yang menyaksikan Malaysia turun ke tangga ke-3 Kumpulan B, kurang satu mata berbanding Vietnam dan Singapura.

Vietnam dan Singapura berkongsi tujuh mata, dipisahkan oleh perbezaan jaringan sementara skuad negara di tangga ke-3 dengan enam mata.

Dalam aksi yang berlangsung malam tadi, kedua-dua pasukan dilihat ‘liat’ untuk menyerah apabila perlawanan akhirnya berkesudahan seri tanpa jaringan. Malah, ini keputusan tanpa jaringan pertama di Piala AFF.

Vietnam mungkin boleh keluar sebagai pemenang jika rembatan jarak jauh Nguyen Hoang Duc tidak singgah di palang gawang gol Singapura yang dikawal ketat oleh Hassan Sunny, enam minit sebelum wisel penamat.

Itu adalah cubaan paling hampir Vietnam untuk merobek gawang lawan.

Singapura bertahan dengan sangat baik dalam aksi di Stadium Jalan Besar malam tadi sehingga menyukarkan anak didik Park Hang-seo bermain.

Sang Singa juga memiliki peluang terbaik di hujung aksi apabila sepakan percuma diambil Zulfahmi Arifin cemerlang ditepis oleh Dang Van Lam.

Untuk aksi terakhir kumpulan, Vietnam akan bertemu Myanmar yang sudah tersingkir, sementara Malaysia akan bersaing dengan Singapura untuk tiket ke separuh akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), pada Selasa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN