Neymar Jr: “Sebelum Pele, Bola Sepak Hanya Sekadar Sukan”

Jika ditanya mengenai hal kematian Pele, pastinya tumpuan akan diberikan sepenuhnya kepada bintang bola sepak Brazil iaitu Neymar yang menjadi salah seorang paling terkesan akn hal tersebut.

Pele yang sudah pun meninggal dunia beberapa jam lalu pada usia 82 tahun di Hospital Albert Einstein, Sau Paulo kerana penyakit kanser jelas meninggalkan kesan yang terlalu kuat buat bola sepak dunia.

Sehingga kini, Pele menjadi wakil individu yang memegang rekod menjuarai Piala Dunia sebanyak tiga kali dan diakui sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.

Berita sedih tersebut nyata mendapat tumpuan dan reaksi sedih dalam kalangan bintang bola sepak di seluruh dunia yang sentiasa menyanjunginya dan salah seorang ialah Neymar.

Neymar yang dianggap sebagai pengganti Pele itu sudah pun menyamai rekod legenda tersebut dari segi jumlah jaringan gol di pentas antarabangsa.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu juga menyarung jersi nombor 10 dalam skuad kebangsaan sebagai suatu simbolik penghormatan kepada Pele selama ini.

Malah, beliau juga menyampaikan suatu pesanan yang disifatkan sangat menyentuh hati serta bagaimana Neymar selama ini terlalu menyanjung tinggi Pele.

“Sebelum Pele, 10 cuma sekadar nombor, saya ada baca kenyataan ini suatu ketika di suatu sudut. Tetapi kenyataan ini walaupun cantik, ianya kurang lengkap.

“Saya mahu katakan sebelum Pele, bola sepak cuma sekadar sukan. Pele telah mengubah segalanya. Dia menguba bola sepak kepada seni dan suatu bentuk hiburan.

“Beliau bersuara untuk hak orang miskin, bangsa kulit hitam, dan terutama sekali, dia menjadikan Brazil sebagai tumpuan. Bola sepak dan Brazil meningkat dari segi status kerana Pele.

“Terima kasih kepada beliau. Pele mungkin sudah tiada, tetapi magis beliau akan terus kekal. Pele selamanya,” jelas Neymar.

Sebagai seorang yang menjadikan Pele sebagai inspirasi, pesanan akhir mendiang kepada Neymar ketika Piala Dunia lalu pastinya akan diingati selamanya.

Ketika itu, Pele telah pun memberi kata-kata motivasi kepada Neymar sebaik sahaja Brazil terkandas di pusingan suku akhir di tangan Croatia secara mengejut.

Pele yang berada di hospital ketika itu telah pun memberi nasihat berguna buat Neymar dan mahu pemain itu terus bangkit untuk saingan pada masa akan datang.

“Saya lihat anda membesar, saya bersorak untuk anda setiap hari dan akhirnya saya boleh mengucapkan tahniah kerana berjaya menyamai rekod gol saya untuk skuad kebangsaan Brazil.

“Kita semua tahu ianya lebih daripada sekadar nombor. Tanggungjawab besar kita sebenarnya sebagai atlet adalah untuk memberi inspirasi.

“Berikan inspirasi kerjaya kita kepada rakan-rakan lain, generasi seterusnya, serta kepada semua yang mencintai sukan ini.

“Walaupun ini bukan hari yang menggembirakan buat diri kita, tetapi kamu akan tetap menjadi sumber inspirasi buat semua orang selepas ini.

“Saya telah belajar dari masa ke semasa mengenai warisan kita yang semakin berkembang dan rekod 50 tahun lalu yang ditetapkan saya tiada siapa dapat mengatasinya.

“Kini anda meraihnya dan ini juga sebagai menghargai kehebatan anda sebagai Neymar,” jelas Pele menerusi Instagram peribadinya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN