Beliau kini telah tiba di tempat yang selamat, akhirnya.
Pemain bola sepak yang berstatus pelarian dari Australia iaitu Hakeem al-Araibi kini telah dikembalikan ke negara tersebut selepas dibawa ke Thailand.
Hakeem dibawa ke Thailand untuk dibawa pulang semula ke negara asalnya iaitu Bahrain, dan beliau jelas tidak mahu pulang semula ke sana.
Menurut laman Sydney Morning Herald, Hakeem akhirnya telah kembali ke tanah Australia baru-baru ini selepas dilepaskan dari penjara Thailand.
Beliau jelas gembira dengan kepulangan semula ke negara tersebut mengatakan dengan jelas yang dirinya mahu menghabiskan seluruh hidupnya di Australia.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Australia, inilah rumah saya.”
“Saya ingin mati di Australia dan saya sayangkannya.”
Hakeem jelas berterima kasih kepada kerajaan Australia dan bersyukur kerana beliau mendapat layanan yang baik oleh negara tersebut.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Australia, cukup menarik apabila dapat saksikan semua orang berada di sini.”
“Semua orang Australia, semua media menyokong saya dalam hal ini.”
Hakeem dipulangkan semula oleh pihak Thailand selepas kerajaan Bahrain menggugurkan semula kes terhadap beliau.
Beliau dipenjara 80 hari di Thailand dan berita ini mendapat liputan luas dunia terutamanya dari komuniti bola sepak.
Hakeem tiba di Australia pada tahun 2014 dan beliau memperoleh taraf sebagai pelarian di negara tersebut pada tahun 2017.