Quantcast

BERITA

Kerana Mengasari Wanita, Marko Simic Dikenakan Tindakan Mahkamah

Kami tidak menyangka perkara ini akan berlaku.

Bekas pemain Negeri Sembilan dan juga Melaka United, Marko Simic telah pun disabitkan dengan kesalahan kerana melakukan kekasaran terhadap wanita ketika di dalam kapal terbang.

Menurut laman News Australia, Simic akan didakwa di Downing Centre Local Court di Sydney selepas beliau melakukan kekasaran terhadap wanita ketika dalam kapal terbang sewaktu bersama-sama pasukannya.

Pada waktu itu, Simic bersama-sama skuad Persija Jakarta dalam perjalanan hendak ke Sydney untuk menentang Newcastle Jets dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Hasil dari perkara ini, beliau akan dihadapkan ke mahkamah pada hari Selasa ini dan dijangka Simic perlu terbang semula ke Australia untuk menyelesaikan hal tersebut.

Walaupun begitu, peguamnya telah meminta pihak mahkamah untuk mempercepatkan proses tersebut disebabkan jadual Simic yang ketat namun ianya tidak dibenarkan oleh pihak mahkamah.

Hal ini kerana, pihak mahkamah mengatakan kes ini akan dilayan sama seperti kes-kes yang lain kerana ingin mengikut prosedur dan memudahkan semua pihak termasuk anggota polis.

Simic dan Persija Jakarta memulakan kempen untuk menyertai kelompok elit bola sepak Asia dengan menentang Newcastle Jets dan mereka dianggap sebagai pasukan bukan pilihan dalam hal ini.

Selain dari Persija Jakarta, pasukan negara iaitu Perak turut akan menyertai pusingan kelayakan iaitu dengan menentang Kitchee FC di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!