Quantcast

BERITA

Tengku Hazman Tampil Jelaskan Isu Pelepasan Pemain Ke Skuad Malaysia B-22

Semalam, pengendali skuad bawah 22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap pengendali Terengganu FC II, Tengku Hazman Raja Hassan kerana dikatakan tidak mengendahkan panggilan beliau untuk mendapatkan khidmat pemain itu bagi memperkuatkan pasukan negara menghadapi kejohanan AFF B-22 minggu depan.

Menurut Kim Swee, tindakan jurulatih itu membisu mengenai status pemain yang mahu dipanggil adalah sebagai tidak professional dan menjejaskan perancangannya untuk menyiapkan pasukan.

Namun hari ini dalam kenyataan media dalam laman facebook Terengganu FC, Tengku Hazman menafikan tidak mengendahkan panggilan Kim Swee dan tampil menjelaskan cerita yang sebenarnya.

“Sebelum ini saya telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan menerima permohonan seorang pemain Muhammad Izzan Shahmi bin Mustaffa secara bersurat daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melaporkan diri kepada Datuk Ong Kim Swee.

“Saya sebagai Ketua Jurulatih TFC II memberi pelepasan demi pasukan negara dan kerjaya pemain tersebut walaupun ianya merupakan salah seorang pemain di dalam perancangan yang memberi impak.

“Selepas itu pada malam 10 Februari 2019, saya dihubungi oleh pengurusan Harimau Malaya B-22 berkenaan panggilan untuk memohon kebenaran pelepasan Mohammad Ridzuan bin Mohd Razali untuk melapor diri melalui panggilan telefon dan whatapps.

“Dalam masa yang sama saya memaklumkan juga untuk berbincang dengan pihak pengurusan sebagai majikan terlebih dahulu kerana pasukan masih dalam rehat selama dua hari selepas 08 Februari 2019 bertemu Selangor United.

“Amat sukar untuk berbincang menerusi telefon kerana melibatkan staff kejurulatihan. Saya bercadang akan berbincang selepas selesai latihan pada petang semalam dan akan memaklumkan segera kepada pasukan pengurusan Harimau Malaya B-22 negara,” jelasnya.

🏳️🏴KENYATAAN KETUA JURULATIH TERENGGANU FC II🏳️🏴Panggilan menyertai kem latihan pasukan Harimau Malaya B-22 bagi…

Posted by Terengganu Football Club on Monday, February 11, 2019

Tengku Hazman turut menjelaskan tindakan beliau tidak menjawab panggilan Kim Swee adalah kerana beliau sedang memandu kenderaan dan mengakui tidak mengetahui pemilik nombor telefon berkenaan.

“Dakwaan saya tidak mengangkat panggilan telefon tu disebabkan saya sedang memandu dari kota bharu ke kuala Terengganu untuk latihan. Saya mengakui ada dua panggilan nombor tidak dikenali tidak terjawab dan saya tidak tahu pula nombor tersebut kepunyaan Penolong Jurulatih Datuk Ong Kim Swee.

“Kadang-kadang ada nombor yang tidak dikenali saya tidak jawab. Sebaiknya jika tidak diangkat tinggalkan mesej atau whatsap sekurang-kurangnya saya tahu siapa yang menghubungi,” katanya.

Beliau turut mencadangkan panggilan daripada kem skuad kebangsaan perlu lebih sistematik supaya isu masalah komunikasi  dan salah faham antara jurulatih tidak lagi berulang.

Skuad Malaysia B22 menjalani latihan pertama mereka di Wisma FAM. FOTO: FAM

“Prosedur panggilan menyertai kem latihan atau pasukan kebangsaan perlu lebih sistematik walaupun panggilan tersebut hanya sebagai pemain tambahan.

“Disini saya melihat cara komunikasi perlu lebih baik dan professional agar tidak berlaku lagi isu sebegini yang akhirnya menimbulkan perselisihan faham dan merugikan kedua-dua pihak.

“Saya sedia melepaskan Muhammad Ridzuan Razali sekiranya pasukan Harimau Malaya B-22 masih memerlukan khidmat beliau dan juga terbuka kepada pemain-pemain lain untuk dipilih menyertai pasukan kebangsaan.

“Saya ingin memohon maaf jika ada kesilapan teknikal dan komunikasi di pihak saya sehinggakan membantutkan perancangan pasukan Harimau Malaya B-22.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!