Quantcast

BERITA

Marcelo Dedahkan Beliau Sudah Lama Tahu Berita Pemergian Ronaldo Dari Real Madrid

Pemain pertahanan Real Madrid, Marcelo mengatakan yang beliau sebenarnya sudah lama tahu yang Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Real Madrid.

Menurut laman Football Espana, pemain kebangsaan Brazil itu mengatakan yang beliau telah pun mengetahui mengenai perkara itu sebelum kempen musim lepas berakhir.

Ronaldo, yang kini merupakan pemain untuk pasukan Juventus di Itali dikatakan telah mengajak Marcelo untuk keluar dari Real Madrid dan menyertai pasukan lain.

Semua ini berlaku ketika Real Madrid sedang sibuk melakukan persiapan untuk menghadapi perlawanan akhir UEFA Champions League menentang Liverpool di Kiev, Ukraine.

Marcelo mengatakan yang Ronaldo datang kepadanya dan mengatakan yang pemain itu akan meninggalkan kelab tersebut selepas musim tersebut tamat.

“Pada waktu itu, kami berada di sesi latihan dan Cristiano Ronaldo datang kepada saya mengatakan yang beliau akan meninggalkan Real Madrid.”

MADRID, SPAIN – MAY 10: Cristiano Ronaldo of Real Madrid talks to Marcelo prior to the UEFA Champions League Semi Final second leg match between Club Atletico de Madrid and Real Madrid CF at Vicente Calderon Stadium on May 10, 2017 in Madrid, Spain. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Marcelo sedar yang beliau telah melakukan kesilapan apabila menipu pihak media mengenai perkara ini.

Hal ini kerana, beliau sering menafikan berita memgenai pemergian Ronaldo sewaktu ditanya media satu ketika dahulu.

“Saya sedar saya telah menipu anda mengenai perkara ini sebelum ini, tetapi saya lakukannya kerana saya terpaksa melakukannya.”

Beliau turut dikaitkan dengan perpindahan keluar dengan destinasinya ialah Juventus untuk menyertai Ronaldo di sana, namun beliau tidak berbuat demikian.

Hal ini kerana, beliau tetap menghormati kontrak dirinya bersama-sama Real Madrid.