Hak Penyiaran Liga Turki Akan Bernilai $600 Juta Setahun, Ke-6 Tertinggi Di Eropah

Platform televisyen digital Turki, Digiturk telah berjaya untuk mengekalkan hak penyiaran Liga Super Turki untuk 5 tahun lagi dengan bayaran tahunan sebanyak $600 juta.

Mereka berjaya mengatasi pesaing-pesaing yang lain pada upacara bidaan yang berlangsung pada Isnin. Upacara bidaan telah diadakan di Kompleks Latihan Hasan Doğan (TFF), di HQ Persekutuan Bola Sepak Turki di Istanbul.

Digiturk mengatasi saingan Turkcell Superonline selepas meletakkan biadaan tertinggi. Digiturk membida $500 juta setahun. Dengan cukai dan bayaran tambahan lain, angka itu dijangka boleh mencecah $600 juta.

Kontrak baru itu juga akan termasuk sekali hak penyiaran bagi liga utama dan liga kedua.

tukr

Melalui kontrak ini, Liga Super Turki telah mengekalkan kedudukannya sebagai liga keenam terbesar di Eropah dari segi pendapatan hasil daripada TV ataupun hak penyiarang.

Ia di belakang :

1. Liga Perdana Inggeris (€2.55 bilion)

2. La Liga Sepanyol (€983 juta)

3. Serie A Itali (€943 juta)

4. Ligue 1 Perancis (€726 juta)

5. Bundesliga Jerman (€628 juta).

Dalam majlis bidaan tersebut ada 5 buah syarikat penyiaran yang menepati spesifikasi kontrak telah hadir.

Kontrak sebelum ini yang turut dipegang oleh Digiturk pada 2010, adalah bernilai $321 juta setahun. Kontrak itu kemudiannya dilanjutkan selama 3 tahun pada 2014.

Ini bermakna berlaku peningkatan hampir 90% dalam nilai kontrak penyiaran Liga Turki.

Digiturk adalah antara pembekal perkhidmatan TV berbayar terkemuka di Turki dengan hampir jumlah pelanggan yang mencecah 3.5 juta orang. Mereka menyediakan lebih 200 saluran di dalam platform mereka.

Dengan peningkatan angka tersebut, Liga Turki dijangka akan lebih kompetitif pada musim 2017/2018. Sudah pasti lebih ramai bintang akan dibawa masuk ke liga tersebut.

Baca juga : Faiz Subri Perlukan Undian Anda Untuk Berada Dalam Senarai 3 Terakhir Anugerah Puskas 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN