Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar berharap agar hukuman pemotongan mata ini menjadi pengajaran berguna kepada setiap pasukan di Malaysia.
Menurut kenyataan rasmi beliau di laman PFAM, pihak PFAM menyambut baik tindakan FAM dan FMLLP dalam usaha memastikan para pasukan di Liga Malaysia menjaga kebajikan para pemain mereka.
Bagi beliau, isu ini sudah menjad ‘nanah’ kepada bola sepak Malaysia.
“PFAM menyambut baik dan sememangnya memberikan sokongan penuh terhadap tindakan ini.”
“Isu tunggakan gaji adalah merupakan isu yang sering berlaku dalam kancah bolasepak tempatan.”
Bagi PFAM, hukuman potongan mata dan larangan membeli pemain adalah isyarat jelas pihak FAM dan FMLLP yang dimana kegagalan menguruskan kebajikan pemain adalah kesalahan serius.
“PFAM percaya, menerusi tindakan potongan mata dan “transfer ban” (bersyarat), ini adalah mesej yang jelas daripada pihak FAM dan FMLLP, betapa kegagalan pasukan dalam menguruskan gaji pemain adalah merupakan kesalahan yang serius dan berat.”
Pengajaran
Menurut Hairuddin lagi, mereka berharap agar hukuman ini menjadi pengajaran kepada pasukan yang menerima hukuman dan peringatan kepada pasukan-pasukan lain agar sentiasa menjaga kebajikan pemain.
PFAM juga menggesa dengan hukuman ini bakal memaksa pasukan yang dihukum untuk membayar tunggakan gaji dengan segera.
“Oleh itu, PFAM berharap agar hukuman ini menjadi pengajaran terhadap pasukan yang dikenakan tindakan dan juga menjadi peringatan kepada pasukan-pasukan lain.”
“Pada masa yang sama, PFAM turut menggesa agar pasukan yang dikenakan hukuman ini untuk segera menyelesaikan tunggakan gaji tersebut.”
“Hal ini bagi memastikan intergriti industri bolasepak tempatan terpelihara menerusi kebajikan para pemain yang tidak diabaikan.”
Di akhir kenyataan, Hairuddin juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden FAM diatas inisiatif mengambil tindakan tersebut.
“PFAM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden FAM, Tunku Ismail, yang telah mengambil tindakan dengan segera terhadap isu tunggakan gaji ini.”
“Semoga perubahan positif ini dapat memastikan nilai profesionalisme diangkat pada tahap yang selayaknya.”
Baca juga: Popov Masih Tak Puas Hati, Anggap Hukuman Potong Mata Tak Cukup