Peminat Man United Ini Tulis Nama Keseluruhan Pemain Red Devils Dalam Tulisan Jawi

Dalam bola sepak, pelbagai cara ditunjukkan oleh para peminat mereka untuk menzahirkan sokongan mereka.

Ada yang akan hiaskan bilik tidur mereka dengan hiasan kelab kesayangan, malah ada juga yang warnakan kereta mereka dengan corak warna pasukan mereka.

Namun begitu, apa yang kami ingin sampaikan ini dalam cara yang begitu unit.

Di Malaysia, seorang peminat Manchester United telah mengambil satu langkah yang lebih tinggi dalam menzahirkan minat beliau terhadap pasukannya itu!

Apa yang beliau lakukan?

Beliau menulis keseluruhan nama pemain dalam skuad Manchester United dalam bentuk tulisan Jawi.

Dalam kertas tulisan Jawi itu, beliau menulis nama-nama pemain seperti Sergio Romero, Anthony Martial, Paul Pogba dan juga Jesse Lingard serta ramai lagi pemain-pemain lain dalam skuad Manchester United.

Beliau juga menulis slogan kelab tersebut iaitu ‘Glory Glory Manchester United’ dalam tulisan Jawi!

Bagi kami, selain dari uniknya cara peminat Manchester United ini menunjukkan minat beliau terhadap pasukannya kami juga tertarik dengan tulisan Jawi yang beliau hasilkan.

Hal ini kerana dengan peredaran waktu, tulisan Jawi sudah kurang digunakan berbanding zaman-zaman sebelum ini.

Diharap rakyat Malaysia sudah tidak lupa cara menulis dalam tulisan Jawi dan berbahasa Malaysia dengan baik. Bahasa Jiwa Bangsa!

Baca juga: Popov Masih Tak Puas Hati, Anggap Hukuman Potong Mata Tak Cukup

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN