Hadi Fayyadh, Fagiano Okayama Teruskan Sesi Latihan

Hadi Fayyadh

Pemain skuad bawah 23 tahun negara, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak menikmati suasana berbeza berbanding pemain-pemain bola sepak tanah air apabila beliau masih turun menjalani latihan bersama Fagiano Okayama pada ketika ini.

Menurut sumber Buletin Utama, sesi latihan pasukan liga divisyen 2 Jepun (J2 League) itu diteruskan kerana masih lagi tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di wilayah Okayama susulan wabak COVID-19 yang melanda.

Skuad bimbingan Kenji Arima itu menjalani dua sesi latihan selama dua jam dan dilaporkan Fagiano Okayama turut mengambil langkah pencegahan yang disarankan kerajaan Jepun dalam memastikan para pemain tidak terdedah dengan wabak berbahaya itu.

Meskipun keadaan di Okayama dilihat masih terkawal, pemain berusia 20 tahun itu mendedahkan beliau mengambil langkah berjaga-jaga dengan mendisiplinkan dirinya.

Hadi Fayyadh ketika sesi latihan Fagiano Okayama.

”Apa yang saya lakukan bagi mengelakkan COVID-19 ini adalah dengan sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakan sosial.”

”Saya juga sentiasa mendisiplinkan diri saya dengan tidak pergi ke tempat orang yang ramai serta sentiasa duduk di rumah,” ujar Hadi bercakap kepada TV3.

”Sebagai seorang pemain bola sepak memang saya tak sabar untuk lihat liga kembali bersambung. Saya juga teruskan berlatih untuk menjaga tahap kecergasan dan keadaan badan saya. Saya juga amalkan cara pemakanan yang sihat, jadi apabila liga bersambung saya sudah bersedia.”

Tahun 2020 adalah musim kedua buat pemain tinggi lampai ini berada di Jepun dalam usahanya mengembangkan lagi karier beliau ke arah yang lebih baik.

Walaupun musim pertamanya tidaklah seperti diharapkan, beliau beranggapan tiada yang mustahil buatnya untuk bangkit merebut tempat dalam kesebelasan utama kelab tersebut.

Saingan Liga Jepun yang turut dihentikan dijangka akan kembali bersambung pada bulan Jun ini.

Kredit foto: Fagiano Okayama

Baca artikel lain kami mengenai Hadi Fayyadh:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN