TERKINI: Hadi Fayyadh Sah Sarung Jersi Fagiano Okayama

Impian penyerang skuad bawah 19 tahun kebangsaan, Hadi Fayyadh Abdul Razak beraksi di kelab luar negara akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau sah sertai kelab divisyen 2 Liga Jepun (J2), Fagiano Okayama dengan kontrak selama setahun.

Perkembangan ini sekaligus mengesahkan beliau telah menolak tawaran daripada 3 pasukan Liga Super yang sedang intai khidmatnya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Sebelum ini, Hadi pernah menjalani latihan bersama satu lagi kelab liga divisyen dua, Roasso Kumamoto selama seminggu pada Ogos lalu namun masih tiada jawapan daripada pihak Kumamoto.

Pemergian Hadi menimba pengalaman dengan dua kelab di sana diuruskan oleh syarikat pengeluar minuman Yakult (M) Sdn Bhd yang percaya bekas pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II) memiliki keupayaan untuk bersaing di liga terbaik Asia itu.

Cipta sejarah sebagai pemain Malaysia yang pertama beraksi dalam saingan Divisyen 2 Liga Professional Jepun

Beberapa tahun yang lalu, dua bekas pemain Harimau Muda, Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim pernah menyarung jersi kelab Jepun, FC Ryukyu yang beraksi dalam saingan Divisyen 3, namun kehadiran mereka di sana tidak kekal lama.

Kejayaan Hadi mendapat kontrak professional dengan kelab Liga Professional Jepun membuka dimensi baharu dan memberi inspirasi kepada pemain muda yang lain untuk beraksi di luar negara.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat gembira kerana telah berjaya menempatkan diri dalam kelab ini. lni merupakan cita-cita saya sejak kecil dan juga merupakan satu permulaan yang baik bagi saya untuk meningkatkan kemahiran diri.

“Sebagaimana yang kita tahu, Jepun merupakan antara pasukan Bola Sepak yang terbaik di Asia dan mempunyai program pembangunan bola sepak yang tersusun.

“Oleh, yang demikian, peluang yang saya perolehi ini akan saya gunakan sehabis baik demi masa depan yang lebih gemilang dalam arena bola sepak.” katanya dalam Vocket FC ketika Majlis Menandatangani Kontrak dengan Fagiano Okayama.

Hadi Fayyadh mengikat kontrak selama setahun dengan Fagiano Okayama.

Hadi juga menyifatkan peluang beraksi di Jepun akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan kualiti permainannya. Selain itu, beliau juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Yakult yang membantu memudahkan urusannya ketika di Jepun.

“Pemain-pemain di sini sangat bagus, berani untuk belajar benda baru dan tidak takut untuk membuat silap. Mereka mempunyai kemahiran yang baik, laju dan saya merasakan saya boleh menjadi pemain yang baik jika bersama mereka di sini”

“Target saya seterusnya adalah untuk meningkatkan kemahiran yang ada agar mendapat tempat dalam kesebelasan utama dalam perlawanan yang akan datang.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Encik Hiroshi Hamada, Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn Bhd yang membuka jalan dan membantu saya dalam mendapatkan tempat di sini” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN