Bekas pemain Sri Pahang, Dickson Nwakaeme mahu penyokong-penyokong pasukan itu terus memberikan sokongan dan bersabar dengan prestasi Tok Gajah yang cukup mengecewakan ketika ini.
Ketika ini, Pahang sedang menduduki tangga ke-11 carta Liga Super selepas merekodkan satu lagi kekalahan apabila tumbang ditangan Terengganu semalam.
Gol dari Kpah Sherman dan Faisal Halim memberikan kemenangan buat Terengganu dalam pertembungan Pantai Timur di Gong Badak.
Sementara Malik Mat Ariff menjaringkan gol sagu hati Pahang untuk memboleh perlawanan berakhir dengan jaringan 2-1.
Liga Super: Sri Pahang Terus Tertekan, Tumbang 3 Kali Dalam 2 Minggu
Mohon tabah hadapi dugaan
Dalam sebuah siarannya di Instagram, Nwakaeme yang menjadi pujaan para penyokong Pahang satu ketika dahulu meminta agar mereka terus kuat dan memberikan sokongan kepada pasukan.
“Ini adalah untuk para penyokong Sri Pahang saya. Saya tahu sekarang adalah masa yang sukar untuk anda sekarang. Melihat pasukan yang anda cukup sayang beraksi cukup buruk.
“Bola sepak ini ibarat kehidupan. Banyak naik turunnya. Jadi jangan berputus asa kerana keadaan sekarang tidak begitu baik sekarang. Teruskan menyokong pasukan. Hogoh Pahang Hogoh,” ujar Nwakaeme.
Musim ini jelas sekali cukup sukar untuk Pahang apabila mereka hanya mengutip lapan mata sahaja daripada 11 perlawanan yang telah diharungi.
Skuad Tok Gajah hanya berjaya merakamkan dua perlawanan selain dua seri dan tujuh kekalahan.
Nwakaeme antara sebahagian daripada skuad Pahang yang cukup cemerlang apabila mereka merangkul gelaran Piala Malaysia pada 2014.