Ong Kim Swee Puji Para Pemain Jayakan Strategi Untuk Sekat Negeri Sembilan

Sabah sekali lagi mempamerkan kualiti mereka tersendiri musim ini dalam saingan Liga Super apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 mengatasi pencabar terdekat iaitu Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Biarpun mendapat tentangan hebat sejak awal perlawanan, nyata Sabah beraksi dengan cukup berdisiplin untuk menyerap segala asakan lawan serta menyudahkan peluang di hadapan gol bagi mencatat kemenangan.

Pengendali Sabah iaitu Datuk Ong Kim Swee menyatakan strategi bertahan yang diterapkannya berjaya membuatkan lawan sukar untuk membolosi gawang gol Sabah dan menyifatkan ia cukup berkesan.

Kim Swee juga mengatakan faktor tersebut turut membawa kejayaan buat pasukan kendaliannya untuk meraih tiga mata penting di gelanggang lawan walaupun sedar pada awalnya cabaran sengit ditampilkan kelab tuan rumah.

“Biarpun persembahan pemain Sabah terutama pada separuh masa pertama tidak begitu baik sehingga memberi ruang kepada Negeri Sembilan melakukan asakan ke dalam kawasan gol, namun gawang pasukan masih mampu bertahan dengan baik.

“Strategi bertahan yang kita pamerkan ternyata berjaya menafikan beberapa percubaan merbahaya daripada jentera serangan Negeri Sembilan.

“Keberkesanan strategi itu memberikan keyakinan kepada diri pemain yang akhir berjaya mempertahankan gawang pasukan sehingga ke penghujung saingan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi menerusi Arena Metro.

Pada perlawanan semalam, pemain tengah dari Korea Selatan iaitu Park Tae-su muncul sebagai wira buat Sabah apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-61 berjaya membawa kemenangan buat pasukan pelawat.

Dalam masa sama, Kim Swee juga mengakui pasukan kendaliannya berdepan cabaran sengit daripada Negeri Sembilan apabila mereka perlu memberi fokus sepenuhnya untuk mengelakkan daripada membuat silap dan memberi ruang buat tuan rumah mencipta sesuatu.

Walaupun begitu, Kim Swee tetap memberi kredit kepada anak-anak buahnya yang yang mempamerkan komitmen tinggi untuk memastikan gawang mereka tidak dibolosi.

“Boleh dianggap suatu pencapaian yang baik apabila kita berjaya meraih empat mata daripada dua perlawanan di tempat lawan.

“Sabah perlu memastikan konsistensi dalam perlawanan dan kita tidak boleh sekejap menang, sekejap kalah atau seri kerana ia penting jika mahu mencabar kedudukan pendahulu carta liga, Johor Darul Ta`zim (JDT).

“Apapun dalam setiap perlawanan akan ada kelemahan dan kita akan terus berusaha memperbaikinya kerana pasukan akan menghadapi cabaran lebih besar selepas ini dalam pusingan kedua liga,” katanya yang enggan mendabik dada dengan pencapaian Sabah menduduki tangga kedua carta Liga Super ketika ini, selepas menang malam tadi.

Untuk rekod semasa, setakat ini Sabah berjaya menduduki tangga kedua Liga Super dengan mencatat tujuh kemenangan daripada 10 perlawanan bagi mengutip 22 mata keseluruhan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN