Haaland Tak Sabar Aksi Bertemu Manchester United, Jadikan Kelab Tersebut Sebagai Sasaran Lawan Utama

Pada sidang media baru-baru ini, penyerang baharu Manchester City iaitu Erling Haaland tanpa berselindung mengatakan beliau menjadikan Manchester United sebagai sasaran utama lawannya pada akan datang.

Penyerang muda berusia 21 tahun itu menyertai City pada musim panas ini dari Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan mencecah €60 juta bulan lalu serta menjadi antara empat muka baharu menyertai kelab tersebut.

Tanpa berselindung dalam sidang media yang dibuat baru-baru ini, jelas Haaland mengatakan tidak sabar untuk menentang United.

Walaupun pada awalnya Haaland dikaitkan dengan perpindahan ke United, beliau memilih untuk mewakili City bagi mengikuti jejak langkah bapanya, Alf-Inge yang pernah beraksi kelab sama ketika tahun 2000 serta mengatakan Sergio Aguero sebagai idola pemain muda tersebut.

Selain itu, Aguero juga menjelaskan Pep Guardiola sebagai salah satu sebab mengapa beliau menyertai City.

Jelas beliau, aksi pertemuan antara bekas kelabnya iaitu Dortmund menentang City pada tahun lalu dalam saingan Champions League membuka mata Haaland untuk merasa kagum kepada pengendali tersebut.

“Anda akan merasai perbezaan bila melihat di kaca televisyen serta mempunyai pengalaman beraksi sendiri di atas padang ketika bertemu mereka.

“Bayangkan bagaimana ketika itu saya langsung tidak menyentuh bola selama 25 minit, dan berharap agar Gundogan bersama rakan-rakannya menghentikan corak permainan tiki taka tersebut.

“Jurang perbezaan City dalam corak permainan berada pada satu tahap berbeza. Itu saya boleh katakan. Bagaimana cara mereka menghadapi perlawanan, cara bermain, dan kreativiti mencipta peluang membuatkan saya tidak menolak untuk mewakili kelab tersebut.

“Pada akhirnya, selepas melihat segala dipersembahkan oleh City menjadikan saya menyimpan perasaan untuk beraksi bersama mereka,” jelas Haaland menerusi ESPN.

Dalam masa sama, Haaland juga tidak mahu meletakkan diri beliau dalam tekanan bagi membantu City meraih gelaran juara Premier League serta menamatkan penantian kelab tersebut muncul juara Champions League.

“Sebagai seorang penyerang, saya cuma mahu bergembira di atas padang. Bila saya gembira, jaringan gol selalunya terhasil, maka saya akan senyum. Saya terhibur untuk bermain bola sepak dan berharap bakal tersenyum dengan lebih kerap.

“Ini adalah cabaran baharu buat saya, negara baharu, saingan liga baharu, pengendali baharu, dan semuanya serba baharu.

“Tetapi saya tahu bagaimana hendak menghadapinya sendiri dan saya melihat ke depan untuk mengembangkan karier dalam bola sepak,” kata penyerang kebangsaan Norway tersebut.

Haaland menjadi antara wajah baharu menyertai City selain tiga orang lagi pemain iaitu Julian Alvarez, Stefan Ortega Moreno, dan Kalvin Philips.

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN