Dengan Ketinggian 175cm, Mampukah Lisandro Martinez Berdepan ‘Gergasi’ Di EPL?

Lisandro Martinez EPL Manchester United

Sekiranya perpindahan ke Manchester United menjadi kenyataan, Lisandro Martinez bakal muncul pemain pertahanan paling rendah di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain pertahanan Ajax berkenaan dilaporkan bakal berhirah ke Old Trafford untuk kembali bergabung dengan bekas pengurusnya Erik ten Hag.

United telah pun menawarkan yuran sebanyak £43 juta dengan beberapa bonus tambahan, namun kelab Belanda tersebut menuntut agar bidaan dinaikkan sehingga £50 juta.

Akan tetapi beberapa pemerhati mula mempersoalkan kemampuan pemain berusia 24 tahun itu untuk berdepan dengan saiz penyerang di England.

Mungkin ketinggian 175 cm itu dianggap normal untuk seorang pemain bola sepak, namun pemain pertahanan Argentina itu 20 cm lebih rendah berbanding penyerang baharu Manchester City, Erling Haaland serta penyerang Bournemouth, Kiffier Moore.

Selaku liga yang dianggap paling kompetitif di dunia, fizikal pemain dianggap sebagai kelebihan. Maka tidak hairanlah mengapa Martinez dilihat mempunyai kekurangan besar.

Bagaimanapun, statistik yang dimiliki oleh pemain tersebut membuktikan sebaliknya. Martinez memenangi 79 perebutan bola di udara pada musim lalu, empat lebih tinggi daripada kapten United, Harry Maguire yang mempunyai ketinggian 185 cm.

Namun berdasarkan fakta, ketika beliau berdepan Haaland dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim lalu, Martinez beraksi dalam kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan yang menyaksikan Ajax menang 3-1 dan 4-0.

Kebolehannya untuk beraksi di posisi tengah bertahan juga boleh menjadi kualiti yang diperlukan oleh Ten Hag untuk menentukan taktikal berbeza dalam sesebuah perlawanan.

Walaupun Arsenal turut berminat untuk mendapatkannya, Martinez difahamkan lebih berminat untuk menyertai United dan mula mendesak kelabnya untuk menerima bidaan semasa bagi melengkapkan perpindahan yang diimpikan dalam kariernya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN