10 Pemain Bola Sepak Berprofil Tinggi Yang Pernah Terpalit Dengan Penyalahgunaan Dadah

Maradona Guardiola Dadah

Pemain bola sepak profesional diletakkan sebagai atlet elit terutamanya bagi mereka yang beraksi di peringkat tertinggi.

Seharusnya mereka wajib berada dalam tahap kecergasan terbaik dengan diet yang ketat dan berdepan dengan rejim latihan yang berintensiti tinggi.

Walau bagaimanapun, tetap ada segelintir pemain yang gagal untuk mematuhi disiplin tersebut apabila didapati merokok dan mengambil minuman beralkohol.

Dalam bola sepak moden, ia adalah amalan yang sukar untuk diterima apatah lagi bola sepak profesional pada hari ini dianggap sebagai kerjaya yang mewah yang memerlukan komitmen tinggi pemain terhadap prestasi pasukan.

Akan tetapi ada kes yang lebih berat iaitu penyalahgunaan dadah. Berikut adalah 10 pemain bola sepak berfprofil tinggi yang pernah terpalit dengan kes tersebut.

10. Fernando Couto

Fernando Couto merupakan pemain pertahanan yang amat dihormati di atas pencapaiannya memenangi kejuaraan berganda di Portugal, Sepanyol dan Itali sepanjang 21 tahun kariernya beraksi untuk Porto, Barcelona dan Parma.

BeliauΒ  mewakili Portugal di empat kejohanan antarabangsa dan mengumpul lebih 100 kaps sebelum bersara pada 2010 dan menjadi Pengarah Bola Sepak untuk Braga.

Semua rekod tersebut dilihat begitu baik buat karier seorang pemain bola sepak, namun begitu Couto sebenarnya pernah gagal dalam satu ujian doping pada 2001 ketika beraksi di Lazio.

Saringan ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis steroid nandrolone. Meskipun beliau menafikan mengambil sebarang bahan terlarang, namun ujian ‘B’ telah mengesahkan dakwaan tersebut.

Couto telah didenda sebanyak $60,000 dan digantung selama 9 bulan dan kemudian dikurangkan kepada 4 bulan selepas membuat rayuan.

9. Kolo Toure

Bekas pemain Arsenal, Manchester City dan Liverpool ini gagal dalam ujian doping pada 2011, menjadikannya bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama yang disahkan positif dadah dalam tempoh tujuh tahun.

Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) mendapati terdapat satu bahan terlarang yang agak ‘pelik’ pada sampel air kencingnya dan pemain antarbangsa Ivory Coast ini mengaku beliau ada mengambil pil diet milik isterinya.

Walaupun panel memutuskan yang Toure bercakap benar, tetapi ia sama sekali tidak membatalkan penggantungannya dari sebarang aksi bola sepak selama enam bulan.

8. Jake Livermore

Pemain ini pernah mencapai kemuncak prestasi ketika bersama Tottenham Hotspur sehingga dipanggil menyertai skuad kebangsaan England dan telah mengumpul 7 kaps antarabangsa.

Tetapi enghijrahannya ke Hull City dengan tag harga Β£8 juta sama sekali tidak seperti yang diharapkan. Musim pertamanya yang buruk ditambah dengan kegagalannya dalam ujian doping yang dibuat sebelum aksi menentang Crystal Palace.

Ujian saringan tersebut mendapati Livermore mengambil kokain dan beliau berisiko digantung oleh kelabnya dan pihak Persatuan Bola Sepak England (FA).

Tetapi Livermore akhirnya bebas dari sebarang hukuman selepas siasatan mendapati beliau mengambil dadah selepas bergelut dengan kesedihan akibat kematian bayinya d sebuah hospital.

7. Mark Bosnich

Karier bekas penjaga gol Manchester United, Aston Villa dan Chelsea ini penuh dengan kontroversi. Bermula dengan tabik gaya Nazi, pemanduan berbahaya sehinggalah didapati gagal dalam ujian doping pada 2003.

Saringan mendapat penjaga gol Australia ini positif dan lebih mengejutkan ujian mendapati beliau mengambil 10g kokain setiap hari dan Chelsea dengan serta merta menamatkan kontraknya.

Bosnich mengumumkan persaraannya pada usia 31 tahun, tetapi lima tahun kemudian beliau kembali beraksi di tanah airnya selepas pulih sepenuhnya dari masalah penagihan.

6. Jaap Stam

Jaap Stam meninggalkan Manchester United dengan penuh kontroversi pada 2001 dan seminggu kemudian beliau didapati gagal dalam ujian saringan dadah selepas sampel air kencingnya mengandungi nandrolone.

Stam mengaku tidak bersalah sehingga hari ini di atas setiap tuduhannya mengenai penyalahgunaan dadah dan dua kali membuat rayuan di atas hukuman penggantungan lima bulan yang dikenakan ke atasnya pada 2002.

Dengan kekuatan fizikal, kelajuan dan kemahiran teknikal yang tinggi, beliau dianggap sebagai pertahanan ‘sempurna’ di Eropah pada zamannya dan mempunyai karier yang luar biasa di PSV, United, Lazio, AC Milan dan Ajax.

5. Gary O’Connor

Pada satu masa, Garry O’Conner pernah dicanang sebagai ‘budak emas’ bola sepak Scotland selepas beliau mula menembusi skuad utama negaranya pada usia 18 tahun dan pernah berhirah ke kelab Rusia, Lokomotiv Moscow seawal usia 23 tahun.

Namun pada 2009, kariernya dicemari dengan kegagalan dalam ujian doping sewaktu bermain untuk kelab EPL, Birmingham City yang membuatkan beliau disingkirkan serta merta oleh pihak kelab dan terpaksa melupakan kehidupan mewahnya.

Ketika berusia 32 tahun, O’Conner hanya beraksi di liga divisyen kelima Scotland bersama Selkirk FC dan masih bergelut dengan masalah penagihan.

Pada 2014, beliau didapati bersalah apabila memandu kereta Mercedes miliknya dalam keadaan khayal sehingga mengalami kemalangan dan dihukum dengan kerja-kerja khidmat komuniti selama 200 jam oleh pihak mahkamah.

4. Edgar Davids

Salah seorang pemain tengah paling berbakat dan cukup digemari oleh peminat sukan bola sepak di seluruh dunia dengan gaya permainannya yang keras, bertenaga dan mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi.

Kariernya cukup luar biasa sepanjang bersama Ajax dan Juventus. Beliau mengumpul tiga kejuaraan Eredivisie, tiga gelaran Serie A dan pernah sekali menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selain mempunyai 74 kaps untuk skuad kebangsaan Belanda.

Namun di sebalik semua kejayaan itu, Davids pernah terpalit dengan penyalahgunaan dadah pada 2001 apabila didapati positif dadah jenis anabolic steroid nandrolone.

Selepas gagal dalam ujian kedua, beliau berdepan dengan dua tahun penggantungan tetapi berjaya dalam rayuannya untuk dikurangkan kepada empat bulan.

Beliau kemudian sempat beraksi untuk kelab-kelab elit lain seperti Barcelona, Inter Milan dan Tottenham sebelum menamatkan kariernya bersama Barnet pada 2014.

3. Adrian Mutu

Keberadaan Adrian Mutu di Chesea merupakan salah satu situasi paling huru-hara dan mengecewakan dalam sejarah bola sepak moden.

Tiba di Stamford Bridge dengan reputasi penyerang terbaik di Eropah, beliau akhirnya menjadi pemain yang gagal. Hubungan dingin dengan pengurus Jose Mourinho, gagal dalam ujian doping, ditamatkan kontrak dan berdepan dengan saman.

Mutu gagal dalam ujian saringan dadah hanya selepas beraksi 27 perlawanan untuk kelab tersebut dan sampel air kencingnya mendapati beliau mengambil kokain dan menerima hukuman penggantungan selama tujuh bulan.

Beliau kembali ke Juventus dan kemudian menyertai Fiorentina di mana beliau telah gagal dalam ujian saringan dadah buat kali kedua dan kali ini berdepan hukuman penggantungan selama sembilan bulan.

Beliau meneruskan kariernya bersama Cesena, Ajaccio dan Petrolul sebelum menggantung buat pada 2014.

2. Pep Guardiola

Nama ini pastinya agak mengejutkan memandangkan beliau mempunyai reputasi yang cukup luar biasa sebagai pengurus yang telah mengumpul deretan kejuaraan bersama beberapa kelab elit di Eropah.

Guardiola gagal dalam ujian saringan dadah pada 2001 ketika beraksi untuk Brescia di Itali selepas sampel air kencingnya didapati mengandungi nandrolene dan dikenakan hukuman penggantungan selama empat bulan.

Namun begitu, pemain tersebut mencabar keputusan tersebut dan pada 2007 beliau memenangi rayuan yang membebaskannya dari sebarang pertuduhan berkaitan tuduhan penyalahgunaan dadah.

Walaupun Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Itali (CONI) kembali membuka siasatan ke atas pemain tersebut, Guardiola sekali lagi memenangi kes dan dibebaskan sepenuhnya dari sebarang tuduhan pada 2009.

1. Diego Maradona

Ini tentunya kes penyalahgunan dadah paling berprofil tinggi kerana melibatkan salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Tiada siapa yang mampu menafikan kredibiliti ‘El Diego’. Kombinasi kelajuan, keseimbangan, kemahiran dan visinya di atas padang menjadikan beliau penyerang terbaik dunia di zamannya.

Namun Maradona berdepan dengan masalah ketagihan dadah dan berat badan sepanjang kariernya. Ia bermula pada 1991 apabila beliau dijatuhi hukuman penggantungan selama 15 bulan selepas didapati mengambil dadah jenis kokain.

Kemudian pada usia 34 tahun sewaktu di kejohanan Piala Dunia 1994 yang berlangsung di Amerika Syarikat (AS), beliau gagal dalam ujian doping yang dibuat secara rambang dan didapati positif dadah ephedrine dan terus dihantar pulang ke negaranya dengan serta merta.

Leave a Reply