‘Guna Saluran Betul Kalau Tak Puas Hati Dengan Pengadil’

Guna saluran yang betul jika tidak puas hati dengan mutu pengadilan. Itulah antara perkara yang ditekankan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Md Dali Wahid pada sidang media selepas mesyuarat khas jawatankuasa tersebut di Wisma FAM semalam.

Kenyataan tersebut adalah amaran kepada semua pegawai dan jurulatih pasukan yang lebih cenderung menggunakan saluran media berbanding saluran yang disediakan.

Pengadil
Gambar fail

Bercakap kepada pemberita seperti yang dilaporkan oleh Bernama, Md Dali dipetik sebagai berkata:

“FAM akan mengambil tindakan tegas terhadap segala kritikan yang dilontarkan mana-mana pegawai pasukan dan jurulatih. Kalau tidak puas hati, bantahan boleh dibuat secara rasmi dan siasatan akan dibuat terhadap bantahan tersebut.

“Cuma jangan ‘bantai’ di media sosial dan membuat persepsi apabila pasukan anda tewas ia adalah disebabkan pengadil,” tambah beliau.

Mutu pengadilan di saingan Liga Malaysia sentiasa menjadi tumpuan kerana pelbagai kontroversi.

Gambar fail.

Sepanjang tahun ini, Jawatankuasa Pengadil FAM telah mengambil tindakan menggantung seramai lima pengadil untuk tempoh dua minggu, manakala 16 lagi telah diberikan amaran kerana pelbagai keselipanan.

Tiga lagi pengadil pula dilaporkan sedang menunggu hukuman lebih berat. Semua kes tersebut berlaku sepanjang saingan Liga Malaysia, Piala FA, dan juga suku akhir Piala Malaysia.

Md Dali juga mengesahkan telah menerima 34 aduan mengenai pengadil. 21 daripadanya dibuat oleh pegawai penilai pengadil bertauliah sementara 13 aduan oleh pasukan bertanding.

Kredibiliti pengadil yang sering dipersoalkan oleh ramai pihak menjurus kepada tindakan FAM memanggil pengadil dari Jepun untuk mengendalikan perlawanan akhir Piala FA yang lalu.

Namun untuk perlawanan akhir Piala Malaysia pada 2 November hadapan, Md Dali mengesahkan ianya akan dikendalikan oleh pengadil tempatan.

Gambar fail.

“Pengadil untuk perlawanan akhir Piala Malaysia adalah pengadil tempatan. Kita tetap akan kekalkan pengadil dari Malaysia dan mereka akan dipilih mengikut prestasi berdasarkan markah dalam laporan penilaian perlawanan.

“Untuk final kita akan perhalusi prestasi pengadil pada aksi separuh akhir nanti… sama seperti kita menilai mereka (pengadil) dalam empat perlawanan suku akhir sebelum memilih siapa akan dipilih untuk aksi separuh akhir.

“Hanya pengadil berkualiti dan mempunyai prestasi terbaik akan diletakkan untuk mengendalikan perlawanan,”

 

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN