Guardiola Marah Ditanya Soalan FFP, Anggap Man. City Tidak Bersalah Selagi Tidak Terbukti Bersalah

“Kamu sedar tak apa soalan yang kamu ajukan kepada saya?” – itulah respon berang Guardiola ketika wartawan bertanya pandangan beliau tentang kemungkinan Man. City akan digantung UCL musim hadapan. Ini kerana Man. City dalam siasatan kes Financial Fair Plat (FFP).

Beberapa minggu lalu UEFA membuka semula siasatan – yang pernah mereka tutup – ke atas Man. City. Ini selepas desakan pelbagai pihak terutama sekali Presiden La Liga, Javier Tebas.

Ianya selepas laman Der Spiegel beberapa bulan lalu mengedarkan salinan dokumen yang menunjukkan terdapat ‘kecurangan’ di dalam laporan kewangan Man. City.

Laporan Der Spiegel antaranya menyebut pemilik Man. City menyuntik dana dengan berselindung di sebalik beberapa penaja. Ada tajaan yang dinyatakan berlebihan (overstated).

Man. City beberapa hari lalu sudah mengeluarkan kenyataan menafikan penipuan dalam FFP. Mereka menyatakan kelab itu kecewa namun tidak terkejut dengan tindakan UEFA yang membuka semula siasatan.

Jika didapati bersalah, Man. City boleh didenda dan digantung daripada menyertai UCL pada musim hadapan.

Paling Guardiola bengang apabila wartawan mengeluarkan persoalan panas berbunyi: “Adakah kamu turut menerima wang tambahan seperti yang dilaporkan oleh Asscioated Press?”

Guardiola dengan tegas berkata: “Adakah kamu sedar soalan yang kamu ajukan kepada saya? Adakah saya menerima duit daripada perkara lain, ketika ini, hari ini?”

“Jujurnya, kamu rasa saya berhak mendapat soalan seperti ini? Pada hari kami menang treble, dan kamu tanya sama ada saya menerima wang (tambahan)?”

“Adakah kamu sedang menuduh saya menerima wang daripada sumber lain?”

“Semalam saya sudah katakan, kami tidak bersalah selagi-lagi tidak dibuktikan bersalah.”

Guardiola kemudian menyatakan keyakinan beliau ke atas kelabnya yang berbelanja berlandaskan peraturan dan keadilan seperti yang dituntut UEFA.

“Kelab ini melakukan langkah besar ke hadapan dengan perlaburan yang kami buat. Boleh tak kamu capai semua ini tanpa pemain handalan? Tidak mungkin.”

“Wang membantu kamu membeli pemain hebat dan ya, kami melakukan perkara itu.”

“Namun untuk perkara berkaitan siasatan UEFA, kita semua kena tunggu. Jika kami dihukum, kami akan terima.”

“Tetapi, saya mendengar hujah daripada Pengerusi saya [Khaldoon al-Mubarak] dan CEO saya CEO [Ferran Soriano], mereka pun mempertikaikan kenapa kami perlu disiasat?”

“Sudah beberapa kali saya berkata, saya percayakan mereka [bos saya]. Mereka beritahu saya bahawa kami mengikuti peraturan sepenuhnya. Saya percayakan mereka. Jika pesaing kami merasakan semua ini hanya kerana wang, tidak mengapalah.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN