Previu MSL 2019: Pahang Tekad Rantai Pengerakan Ronaldo, Hussein Eldor Bakal Beraksi Malam Ini

Malam ini dua pasukan separuh akhir Piala FA 2019, Pahang dan Perak akan berentap di Stadium Darul Makmur untuk memburu tiga mata penuh dalam saingan Liga Super.

Selepas mengharungi 13 perlawanan, skuad tok gajah kini ketinggalan 8 mata di belakang pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT). Namun begitu, mereka enggan mengangkat bendera putih dan tetap memburu kemenangan bagi merapatkan jurang dengan skuad Harimau Selatan tersebut.

Setakat ini, skuad bimbingan Dollah Salleh hanya tewas kepada JDT dan PJ City FC manakala Perak kembali mendapat rentak apabila mencatat dua kemenangan dan dua seri dalam empat perlawanan terakhir mereka.

Herold Goulon, Dollah Salleh
(Foto: Pahang FA)

Pahang waspada ancaman Raianderson dan Ronaldo

Tok Gajah dijangka akan beraksi tanpa kelibat ayam tambatan mereka, Dickson Nwakaeme yang masih mengalami kecederaan. Bagaimanapun, mereka berwaspada terhadap ancaman dua pemain import baharu Perak dari Brazil iaitu Raianderson Morais dan Ronaldo Silva.

Justeru itu, pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mahu benteng pertahanan yang diketuai Matthew Davies merantai pergerakan lawan dan mengelakkan sebarang kesilapan mudah.

“Saya tidak nampak Pahang menghadapi masalah untuk menewaskan Perak tetapi mereka tidak boleh cuai hingga membenarkan lawan menghasilkan gol.

“Tidak hanya bahagian pertahanan yang perlu kekal fokus, malah jentera tengah dan serangan perlu tampil lebih kreatif untuk membolosi gawang The Bos Gaurus.

“Kelebihan beraksi di laman sendiri juga sudah pasti Pahang mahukan kemenangan,” katanya dalam Berita Harian

Pada pusingan pertama di Stadium Perak 24 April lalu, skuad kendalian Dollah Salleh itu mencatat kemenangan 1-0. Kehadiran pemain import baharu menyaksikan Perak bakal tampil dengan corak permainan yang berbeza.

(foto: Pahang FA)

Hussein Eldor bakal buat penampilan pertama malam ini

Beberapa hari lepas, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mengumumkan kemasukan pemain import baharu dari Lubnan, Hussein Eldor bagi menguatkan benteng pertahanan menggantikan tempat Zac Anderson yang mengalami kecederaan.

Kehadiran pemain tersebut tepat pada masanya ketika Perak tidak dapat menggunakan khidmat pemain pertahanan skuad kebangsaan, Shahrul Saad yang terpaksa disisihkan kerana menjalani penggantungan akibat mengutip tiga kad kuning.

“Kehadiran Eldor tepat pada masanya ketika kami pincang di bahagian pertahanan,” kata pengurus pasukan Perak Datuk Adly Shah Ahmad Tah dalam Stadium Astro.

Selain Shahrul, Perak juga kehilangan khidmat penjaga gol utama, Hafizul Hakim yang masih menjalani rawatan kecederaannya.

“Kami perlu benteng mantap untuk menyekat Dickson Nwakaeme, Mahmadou Sumareh dan Norshahrul idlan Talaha. Ketiadaan Shahrul memang akan dirasakan. Jadi saya berharap Eldor mampu menampung kepincangan pasukan malam ini, “katanya.

Hussein Eldor menjalani latihan dengan skuad Perak. FOTO: Astro Arena

Ramalan Semuanya BOLA

Dua kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Super setakat ini bukanlah petunjuk prestasi yang membanggakan buat Pahang setelah mereka menampilkan keputusan yang konsisten sejak awal liga.

Namun, Perak yang mendambakan kemenangan keempat musim ini sudah pasti tidak mahu pulang ke Ipoh dengan tangan kosong setelah diperkuatkan oleh tiga pemain import baharu.

Pasukan yang kurang melakukan kesilapan, berpeluang cerah untuk muncul sebagai pemenang.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN